Monday, December 27, 2010

malaysia cheat laser

tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan pasukan Indonesia 3-0 pada Final pertama Piala Suzuki AFF semalam. topik LASER heboh diperkatakan di Facebook, Twitter n di blog2. ramai penyokong Indonesia mengatakan kekalahan pasukan negara mereka berpunca daripada laser hijau yang sering ditembak pada penjaga gawang mereka iaitu Markuss. kesian dia. persoalannya siapa yang tembak laser tu? penyokong Malaysia ke penyokong Indonesia? woiii.. sapa main laser tu mengaku cepatttt.

penyokong Indonesia telah mengatakan bahawa gambar di bawah ini adalah bukti bahawa penyokong Malaysia sedang menembak laser. tenyata ini adalah palsu belaka! mana datang pulak Pak Arab tengok Malaysia lawan Indon. heh




yang ni pulak keeper Malaysia kena tembak laser.





tapi masa Malaysia kalah 5-1 terhadap Indonesia haritu takda pun pasukan Malaysia nak kaitkan kekalahan mereka dengan laser. kita kena laser dulu masa men kat Jakarta tuu..

persoalannya siapakah yang menembak laser tu?
penyokong Malaysia ke penyokong Indonesia??

ayat manis : aku cadangkan lepas ni FIFA kena buat rule baru wajibkan semua keeper pakai spek anti-laser.

Saturday, December 25, 2010

hari FREE sedunia

alangkah indahnya kalau semua benda kat dunia ni free n di'sponsor'. eh, banyak cantik bontot kau aren semua benda nak free. mana ada benda free sekarang ni. masuk toilet pun kena bayar. lol.

minggu lepas aku berkesempatan menggunakan 2 tiket muvi Narnia yang aku dapat free hasil dari kemenangan contest Share n Win dari The Ultimate Movie Card. tak sangka pulak slogan aku terpilih untuk memenangi hadiah harian. rezeki beb. tak sia2 aku mencuba. kebetulan Fatin sudah lama tidak ke Putrajaya dan dia kepingin sangat untuk berjalan2 di sana. so, selepas bersiar2 aku pun membawa nya ke Alamanda kerana di situ ada GSC. tiket free ni sumbangan GSC. so kena redeem la kat situ.


ni la tiket free tuuu


best cerita Narnia ni. aku tengok dari yang 1st lagi.
aku malas nak review cerita Narnia ni. dah ramai sangat yang buat review ni..

bila keluar je dari panggung wayang, perut terasa lapar pulak. kami pun berjalan2 di sekitar Alamanda untuk mencari makanan. kais punya kais punya kais, sekali tetiba pulak jumpa makanan. eh.. macam ayam! tanpa di sangka2 rezeki kami sangat murah pada hari itu. sudahla dapat tiket muvi free, makan pula di sponsor. blah..bajet kau macam artis je nak sponsor2 ni.

sebenarnya rakan aku, En. Rizal bekerja sebagai Manager di salah sebuah restoran di Alamanda. so dengan baik hatinya dia belanja kitorang makan dan kami dilayan seperti VIP. haha. takpayah panggil mintak order pun. duduk2 terus je makanan sampai. lepas habis makanan terus je blah takpayah pegi kaunter bayar pun. syok wooo.

Special thanks to En. Rizal kerana belanja kami makan. perghhh.. makanan free memang sentiasa sedap kan. keh3.. thanks juga kepada EON-GSC sebab bagi tiket freeeee.

ayat manis : dah lama tak join contest2 ni. tak berapa nak rajin sekarang.

Wednesday, December 22, 2010

kemalangan terburuk dalam sejarah

20 Dec, petang Selasa. tengah syok menikmati Nescafe o suam kat mapley di tengah2 bandaraya Ipoh, tiba2 aku dikejutkan dengan bunyi siren. bukan siren bomba mahupun ambulans. tetapi siren moto kuda putih polis 750cc dua tiga bijik yang meng'escort' sebuah trak yang sedang menunda sebuah bas yang tertera perkataan "SAN EKSPRESS HOLIDAY" yang sudah tiada bumbungnya dan kedua tayar hadapannya sudah hilang entah ke mana. agak teruk keadaan bas tersebut. pada firasat aku mungkin bas ini telah lama kemalangan dan kini sedang diangkut untuk dibawa ke balai polis untuk post mortem barangkali..

balek je rumah aku bukak tv jap tengok berita. sekali bas yang aku tengok masa kt mapley tadi tu kuar tv pulak. tergamam kejap. mug milo yang aku pegang segera aku alihkan ke tepi. mata terbeliak, mulut ternganga tanda fokus. duhhh,eksiden. 28 orang maut. gila ngeri. lagi ngeri dari karingeri. tengok keadaan bas tadi pun dah tau mesti ramai yang mati.




menurut sumber berita tempatan bas tersebut sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highland. kejadian berlaku kira2 jam 11.40 pagi. macam2 spekulasi aku dengar. ada yang cakap kemalangan berpunca dari jalan berminyak dan licin la, brek rosak la, terbabas la. macam2. pada pendapat aku mesti bas tu dipandu laju. kalau tak laju tak kan boleh terbabas sampai macam tu. impak dan inersia kuat tu beb. habis tercampak sume penumpang.




sejak akhir2 ni banyak pulak kemalangan yang melibatkan bas ekspress. kali ini yang amat terburuk dalam sejarah. di mana silapnya? aku berpendapat bas 2 tingkat ni tak patut jalan kat jalan raya yang berbukit dan cerun. bahaya tu. kat highway or jalan straight boleh la. sekali dia corner tu 'corner baring' beb. tak stabil sebab bas dua tingkat ni lebih tinggi dari bas biasa. lagi satu tengok pada aspek design jalan tersebut. menurut apa yang aku belajar corner2 ni dipanggil "Geometry Curve". kau ingat nak buat jalan senang ke? men bubuh je batu2 pastu letak tar ngn bitumen? sebelum nak buat jalan ko kena buat kira2 dulu beb. kalau nak buat corner tu kena kira dulu berapa panjang dan radius yang sesuai. mungkin radius corner tu tak berapa nak cantik kot.tu yang sampai boleh mengakibatkan kemalangan.

bila dah jadi macam ni aku pun dah mula takot naik bas. aku pasti ada antara korang ramai yang takot nak naik bas dah bila dah jadi macam ni kan. tapi aku memang jarang naik bas. sebab dah ada kenderaan sendiri. aku rasa lagi jimat. naik bas tambang pun kadang2 lagi mahal dari minyak kereta. tapi harus ingat, kemalangan boleh berlaku di mana2 sahaja dan berbagai situasi. tak kira la korang naik bas ke, moto ke, kereta ke. yang penting sikap dan cara pemanduan tu mestilah berhemah. ingat, pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang!


ayat manis : aku memang fak orang yang tukar lorong tak bagi signal kat federal highway!

gambar ihsan : berita harian online

Sunday, December 19, 2010

cuppycake surprise!!

apa yang menggembirakan bagi seorang insan yang bergelar perempuan ialah apabila mendapat 'surprise' yang selama ini tidak terlintas di dalam fikirannya. lantas dunia ini dirasakan seperti mereka yang punya.huahuhuahauhauha.

jangan ingat aku muka ganas, aku tak boleh romantik.. dalam hati ada taman rama-rama beb!! baru2 ni besday Fatin. so aku telah merancang nak buat surprise sikit kat dia. biar dia terbeliak sikit bijik mata dan menangis air mata darah disebabkan terharu.

cantik tak cupcake ni?




gambar yang telah dicapture oleh opis mate Fatin




enjoy da cake!




special thanks to AnisCupcake
sebab tolong hantarkan cupcake ni pada Fatin..heee
btw, aku takde idea nak design cupcake, so aku suh je cik anis ni designkan.


ayat manis : kalau korang nak order cupcake bolehlah order pada anis cupcake ni.. cantik dan sedap hingga menjilat jari yawww!!

Friday, December 17, 2010

aku masih hidup!!

dah lama rasanya tak update. aku sangat bz dari bulan 10 lagi. final exam, kerja dan macam2 lah.. terima kasih kepada yang sudi blogwalking kat blog aku walaupun aku tak update. mesti korang ingat aku ni dah tak wujud dalam dunia blogsphere yang tidak berpenghujung ni.

berikut adalah 2 sebab aku dah lama tak update blog

1) Final exam

semasa musim final exam, aku sangat malas nak update. aku tumpukan seketika pada pelajaran. alhamdulillah.. berkat usaha dan rezeki anak2 (anak2??), akhirnya result aku ok. walaupun tak dapat 4 flat, tetapi aku berbangga dan bersyukur dengan result yang aku perolehi.. menurut kawan aku, katanya 4 flat ni hanyalah untuk mereka yang tinggal di rumah flat. demm, patotla aku tak dapat 4 flat sebab rupa-rupanya aku dok sewa umah teres.

2) Istiadat Konvokesyen ke-73 UiTM

semasa cuti semester aku berpeluang menjadi urusetia konvokesyen. pengalaman yang menyeronokkan. seronok dan terharu melihat ramai ibu bapa yang datang dari jauh demi melihat anak mereka menggenggam segulung ijazah/diploma. ada satu hari tu yang paling menyentuh hati aku apabila melihat seorang bapa yang pakaian nya lusuh datang membawa bungkusan hadiah yang telah dibalut menggunakan pembalut hadiah. sedangkan ketika itu aku melihat hampir semua bapa yang hadir mengenakan baju batik sambil memegang bunga segar untuk diberi kepada anak mereka apabila keluar dari dewan nanti. aku termenung sejenak.. rasa sayu pun ada. aku pikir, orang tua tersebut mesti dari golongan yang susah dan tidak mampu untuk memberi bunga yang biasanya diberikan kepada para graduan apabila konvokesyen. memang mahal pun bunga2 segar tu.. sejambak yang paling murah pun dalam RM30 lebih. baik kau beli makanan lagi bagus. kenyang. beli bunga esok lusa dah layu. ye dakk??




mesej yang cuba disampaikan :
hargailah pengorbanan mak bapak anda yang telah banyak bersusah payah membesarkan anda sehingga ke menara gading. (sila baca bersama2 background lagu Menuju Puncak..oyeahh!!)

paling best aku dapat tengok macam2 gelagat graduan lepas terima skrol. ada yang menjerit, ada yang terjatuh tangga dan macam2 lagi.. nak tengok cerita pasal konvo bleh tengok kat blog En. Fitri dari Gedung Rasa .. dia pun urusetia jugakk.

ayat manis : kenapa manusia cepat berubah bila masok MLM? kawan yang tak pernah ajak lepak tiba2 nak ajak lepak..

Thursday, November 11, 2010

iklan Cadbury (Omputeh vs Melayu)

korang buleh tak buat macam ni??
aku dah try banyak kali..
tapi still lagi tak buleh nak celen budak2 nii
bila aku try rasa macam nak tercabut kening..





cayalah budak2 ni!!
macam iklan Cadbury omputeh..

Monday, November 1, 2010

tips-tips meniru dalam perperiksaan

sekarang musim exam..
maapkan aku kalau ada salah silap kat hangpa semua..
doakan aku berjaya menjawab semua paper tersebut..
sekarang aku tak sempat nak update apa2 kat blog aku..
nak fokus kat final exam..haha (fokus la sgt konon2!!)ceh!


1/11 - Further Differential Equation (MAT580)
4/11 - Water Engineering (ECW522)
9/11 - Highway and Traffic Engineering (ECG504)
14/11 - Solid Waste Management (ECW532)


kalau aku rajin aku blogwalk kat blog hangpa semua,ok

tajuk takda kena mengena dengan entry..
sat lagi aku bagi tips tu kang kalau kantoi hangpa salahkan aku pulak..heh

ayat manis : gudluck untuk semua yang mengahadapi peperiksaan akhir.semoga berjaya!!

Tuesday, October 19, 2010

Sunway Lagoon dan Flaming Steamboat


bro Darkbatman buat entry Sunway Lagoon.. aku pun nak buat jugak.haha

setelah sekian lama aku peram tiket free yang aku dapat hasil dari kemenangan contest akhirnya sabtu lepas aku berjaya jugak meluangkan sedikit masa untuk menggunakan tiket free ni sebab dah nak due date. sebenarnya dah lama dapat tiket ni tapi tak berkesempatan lagi nak pergi sebab sebok sangat dan saja2 buat2 sebok.

aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku main air kat Sunway Lagoon ni. rasanya kali terakhir time skolah rendah dulu. memang agak lama. bila dapat tiket free ni rasa teruja sangat n aku tengok dah macam2 benda baru n improvement kat Sunway Lagoon ni..

masok je Sunway Lagoon water park, of course jejaka2 macam aku ni mesti mata jadi bulat radius berskala pat ploh inci. tak pun mata hampir2 nak tersembul keluar. sebab mat saleh/minah saleh berpakaian @#%$%. aku malas nak elaborate panjang2. korang paham2 lah sendiri.

yang aku kesalkan, aku dapat tiket 3park, tapi malangnya aku sempat main 1 saja iaitu water park. lagi 2 park (amusement park n wildlife park) aku tak sempat nak main sebab seronok sangat main air. bila nak pergi lagi 2 park tu tengok2 dah tutup sebab depa tutop pukol 6. haish..rugi beb!! takpe, naseb baik tiket free.

aku malas nak upload gambar aku pakai cawat kat Sunway Lagoon.. 18sx
tak pasal2 nanti jadi hot story pulak
ni je yang aku dapat share..



itik ni tak pakai rexona ke?


of course lepas mandi manda mesti rasa lapar. ye dak?? tiba2 perut aku rasa macam mengidam nak makan makanan hidupan laut. dan secara tak sengaja aku tersinggah kat Flaming Steamboat yang terletak betol2 sebelah Sunway Lagoon.

konsep restoran = buffet. makan sampai kembong
(korang boleh amek banyak mana yang korang suka n masak sendiri)
harga = RM22/person

masa yang diperlukan oleh aku untuk memenuhkan 'tank' perot = 3jam (7pm-10pm)

kerusi pun dah panas duduk lama2.


masak sendiri lah! eh, rebus


macam ni ke 2 orang makan?


gambar macam 10 orang makan. padahal 2 orang je. gila pelahap!
nak tahu lebih lanjut pasal flamming ni sila ke



ayat manis : nak pergi flamming jangan lupa ajak aku..

Thursday, October 14, 2010

confidence level

kesinambungan dari entry kecewa yang lepas..

setelah ditangguh berikutan kerosakan air-cond di bilik kuliah, akhirnya sesi presentasi site visit report telah berjaya dilangsungkan pada Selasa lalu di auditorium al-jazari, tingkat 6, FKA.

asal dengar je presentasi mesti rasa macam nak terberak, gugup, berpeluh. itu semua normal. bukannya paranormal.

apabila perkara seumpama ini berlaku macam-macam insiden yang tidak diingini boleh terjadi. contohnya :

salah seorang pembentang telah berkata:

"air yang keruh disebabkan oleh keadaan sekeliling yang tercemar. contohnya aktiviti penambakan laut, pembuangan sampah, aktiviti sedut pasir dan sebagainya."

"apabila air menjadi keruh dan kotor, ikan2 dan hidupan air tidak dapat bergerak bebas kerana mereka tidak dapat melihat dengan jelas."

tiba2 Dr. Ramlah menyampuk.. "hang merepek!!"

si pembentang termenung sejenak..
kelihatan mukanya seperti ikan termenung yang sedang temenung

air keruh, so, ikan tak nampak?? kemudian mereka akan berlaga sesama sendiri??

langsung tak saintifik. apatah lagi engineering...

habis semua keluar ayat merapu. ni semua gara2 "lack of confidence level"


ayat manis : orang Malaysia gaduh sebab bola. orang barat tepuk tangan..

Saturday, October 9, 2010

kecewa

apa makna kecewa?

- frust menonggeng
- sesal atas apa yang berlaku
- bebal dengan diri sendiri
- tak dapat apa yang dihajati
- merasa diri tak berharga (???)
- rasa nak terjun dari tingkat 10 (tak digalakkan!)

malam semalam aku tak tidur gara2 nak siapkan report n slide site visit
pagi tadi datang kelas dengan muka mengantuk dan lemah longlai
tapi cukup bersedia dan bersemangat untuk mem'present' kan report
sekali tiba2 "Dr Ramlah" masok kelas dan berkata

"Presentation postpone minggu depan ye, kelas hari ni dibatalkan.
aircond kat bilik kuliah rosak."

Grrrrrrrr!!!
sorang2 budak kelas cebik muka
muka yang putih gebu bertukar menjadi kehijauan HULK
yang gelap2 hitam manis bertukar menjadi coklat keperangan blonde

inikah yang dinamakan KECEWA?

ayat manis : layan lagu KECEWA jap dari BCL

Sunday, October 3, 2010

rokok naik harga lagi

alhamdulillah.. rokok naik harga. dari RM9.30 ke RM10. naik 70sen. banyak gak tuh. kalau kat kampung aku, 70sen ni dah boleh beli nasi lemak sebungkus. ni dah jadi rutin tahunan kerajaan. tiap2 tahun harga rokok mesti naik. tak pernah2 turun. konon2 nak suruh orang berhenti merokok. tapi 'smokers' tetap bertambah. paling ketara 'smokers' perempuan semakin hari semakin ramai. asal aku lepak 'mapley' je komfem nampak gurls2 yang bajet "hot" hisap rokok. aku tak paham apa yang depa nak tunjuk sebenarnya. nak kata depa nak tunjuk cool n macho tak jugak. muka dah cun tapi gigi kuning gara2 tar rokok melekat kat celah2 gigi. serius aku menyampah tengok pompuan hisap rokok.

aku nak nasihatkan kepada 'smokers' semua termasuk lah diri aku- STOP SMOKING NOW!! dengan duit RM10 tu bukannya korang kenyang pun makan rokok. lagi merosakkan kesehatan. baik korang beli piza ke pe. berbaloi gak. sedap. kenyang. cuba hayati gambar kat bawah ni....



baik korang belanja aku makan. kan? kan?


ayat manis : lepas ni mesti ramai cari rokok murah a.k.a rokok seludup. tak pun rokok gulong. budak2 kat rumah aku ni dah stat layan gulong dah.

Thursday, September 30, 2010

muhasabah diri

kecantikan
takkan kekal abadi
ia hanyalah fizikal sahaja
kecantikan sebenar terletak
pada keperibadiaan diri seseorang
kalau setakat fizikal je cantik,
muka cantik, badan tip top,
perangai buruk, baik tak payah

kalau rasa diri tu dah cantik sangat
tak payah la nak kondem orang
bajet diri tu dah cantik sangat,
hot, perfect
secantik mana pun rupa paras kau
kentot tetap bau busuk jugak

rupa paras fizikal orang
tak payah la nak kutuk2
benda tu Allah yang jadikan
kau kutuk ciptaan tuhan tu beb
sedar diri tu sikit
tak ada sapa pun yang perfect
melainkan nabi
kau tak sedar
silap2 hari bulan
benda yang kau kutuk tu
kena kat diri kau sendiri
baru kau tau
langit tinggi ke rendah

setiap manusia
ada kelebihan
dan ada kekurangan
muhasabah diri
semua yang kat dunia ni
sementara je
tak ada yang kekal
jangan sampai
bila Allah dah tarik semua nikmat
yang kita ada sekarang
baru nak menyesal
beringat sket...

Friday, September 17, 2010

tragedi Hari Raya pertama

botak.. mana magad ha??

ini bukan ikan dolphin . ini magad!


sepatotnye 1 syawal
merupakan hari yang gembira bagi kita semua
meraikan kejayaan setelah sebulan berpuasa
tapi aku masih tak paham
kenapa ada lagi ada orang yang bodoh
bongok dan bangang sangat
hari raya pertama
sempat lagi buat kerja bodoh
dah la kat masjid pulak tu

masa orang sume tengah sembahyang raya
sempat lagi korang curi magad aku
kalau kau dah miskin sangat
takde duit makan pun
tak payah la nak rembat magad aku
mintak jela kat aku
aku boleh kasi duit
suh korang beli nasi ke pe
satu hal le pulak
aku nak kena pegi kedai spare part
beli magad baru
pastu kena tempah no plet pulak
bongok betol..

ni dah memang kes naya
korang tau tak
doa orang yang teraniaya dimakbulkan?
dah la time korang tengah rembat magad tu
aku tengah khusyuk sembahyang raya
aku doakan yang rembat magad aku tu
mati eksiden kepala putus..
n perot kembong sampai pecah..
amacam??

doa orang teraniaya ni
senang2 je boleh dimakbulkan
tanpa hijab
jangan main2..
masjid tu rumah Allah
tempat suci
kenapa kau jadikan masjid tu
tempat korang mencuri??
kau tak takot ke azab Allah??

sial punya budak!!


ayat manis : entry ni penuh dengan ayat2 kesat n caci makian. harap maaf. siyes aku panas beb!!

Thursday, September 9, 2010

EKSKLUSIF. permohonan maaf

pejam celik
dah nak masuk penghujung ramadhan
masih lagi ada yang tak puasa
usia dah tua, anak berderet
kubur dah nak panggil
tapi nape lah susah sangat nak puasa
adik aku yang umur lima tahun ni
pun boleh puasa
sakit?? ah,alasan je
hisap rokok dok hembus2
siap wat "O" lagi
tak sakit pulak?

esok RAYA!!
mood raya aku tahun ni
macam biasa je
tak macam masa zaman sekolah dulu..
seronok sangat
mungkin dah makin dewasa kot (bajet kau matanglah aren!)
dulu masa kecik2 tak pikir apa
tau seronok je
sekarang dah besar macam2 kau kena pikir
aku sekarang tengah pikir
macam mana nak cantikkan rumah aku ni
macam Eric Leong buat..

asal raya je
semua pakat nak mintak maap
walaupun takde wat salah pape
tak pe.. maaf-maafan itu amalan mulia
aku pun nak mintak maap jugak
pada sume followers2 aku
yang dah cecah 441 tu
terima kasih banyak2
kerana menyapot aku
tak sangka
selama 5 bulan ber 'blogging'
followers dah boleh cecah pat ratus
apa lah yang ada pada blog aku ni

last but not least
kepada semua blogger2 dan rakan2 yang kenal aku
nak mintak maap
kalau ada terkasar bahasa
tercakap lebih kurang
bergurau kasar
tersalah laku
tertampar kuat2
tersekeh kepala
dan juga apa2
yang menyinggung perasaan
harap takyah sentap dah
dan jangan pendam simpan lama2
aku dah mintak maap ni..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


ayat manis : kat Perlis ada yang dah raya semalam ..cepatnye!

Monday, September 6, 2010

JUSTIN BIEBER patah gigi

entry ni khas buat peminat2 Justin Bieber

bawak bertenang semua peminat2 Justin Bibiaq (sebot dgn loghat utara).
artis yang hangpa dok sayang ni haa dah takda gigi depan..
jatuh tergelincir masa tengah main shapel ngn kawan2.
walaupun dah takda gigi depan,
tapi masih lagi ka-chak dan chumel..phewiittt!!




baby..baby..baby..auwwwww!!

ayat manis : budak ni boleh pergi jauh kalau diasah lagi bakatnya

Sunday, August 29, 2010

ugutan!!

"kau kurang ajar dengan aku kan? kau tunggu sini!! aku nak pergi panggil geng2 aku kejap. siap lah kau!! aku panggil satu kampung turun!!" ujar si gangster tersebut kepada aku.

aku sedikit terkesima sambil terharu. nak panggil2 lah. jap lagi aku panggil geng aku pulak datang sini.

si mamat rambut kerinting a.k.a BFF aku lantas mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor 999 di skrin sesentuh telefon bimbitnya.

"Hello, ada pergaduhan di sini..no...,jalan .....,Selangor. minta bantuan dari pihak Polis."

selang beberapa minit kemudian, 2 kereta peronda Polis dan 2 bijik scrambler Polis tiba di tempat kejadian

tapi malangnya si pengugut tersebut telah melarikan diri.

nampak sangat yang ugut tu pengecut..kalau berani n gentle pehal nak panggil geng pulak. one by one lah

aku ingat benda ni boleh setel cara baik. tapi bila dah start mengugut n mengancam nyawa aku, aku pun terpaksa panggil geng aku iaitu pihak Polis..

baru tau takot.. kalau di pihak benar pehal nak lari..

negara kita ada undang2. jangan ingat buat jahat boleh terlepas macam tu je



ayat manis : ramai orang cakap kalau orang Melayu buat jahat memang takkan lama. kejap je. tak lama pastu kantoi ah..

Friday, August 27, 2010

minah tudung

dunia dah nak kiamat..
ni lah salah satu tandanya..
agama sendiri boleh buat main2..




kalau agama lain tengok kita macam ni
depa senyum je..
sambil hisap curut niger dan berkata "Good!"


ayat manis : jangan sampai dah ditimpa bala baru nak cari sejadah letak kat mana.

Sunday, August 22, 2010

facebook diharamkan??




aishhh...apa nih?

dah kena block

tak boleh bukak Facebook time opis hour??

lepas opis hour tu baru lah buleh bukak??

inilah yang terjadi bila bukak Facebook menggunakan line wireless UiTM

UiTM mengharamkan penggunaan Facebook kepada student dan staf

jam 8pg-5ptg (Monday-Friday) sahaja!


ayat manis : student kena belajar rajin2 dan staf jangan leka dan malas buat kerja. jangan nak dok seronok sangat main Facebook tu..dunia oh dunia

Thursday, August 19, 2010

rumah baru, life pun baru


Salam Ramadhan!
ni adalah entry pertama aku
kenapa pertama? bukan ke dah banyak entry?
ni entry pertama aku kat rumah baru lah

aku dah berpindah rumah
betol2 belakang fakulti..
senang sikit aku nak pergi kelas.
tak payah dah nak meredah jem



ok tak rumah baru aku ni?


maafkan aku
dah lama tak update blog dan blogwalking
streamyx aku masih dalam proses perpindahan
ni pun aku pakai line wireless UiTM
sampai jugak line ni kat rumah aku..
tapi line lembab macam sipot ba alip ba ya

nuffnang main2 dengan aku??
dan2 la time aku jarang update n blogwalking ni
depa kasi buff pulak
time aku rajin taknak pulak depa bagi buff..
takpe ah..syukur,tengkiu nuffnang!!
kalau korang nampak iklan OSK, Digi dan Lelong
dalam blog ni
jangan ah pulak korang gelabah
tarik nafas perlahan2, relax
dan tekan iklan tu dengan penuh keikhlasan
Selamat Mencuba!!


ayat manis : Mamee Sllrrp aku dah kembang semangkok. nak melantak jap. k ah,chow! credit pic to uncle Google

Saturday, August 14, 2010

hadiah puasa

bila masuk bulan puasa ramai yang wish Selamat Berpuasa la, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan la, selamat bla bla bla... kenapa tak da pun yang wish Selamat Menahan Nafsu Selama Sebulan?? kan jelas ayat tu

masok 1 Ramadhan ramai yang wish kat aku Selamat Berpuasa. of course la aku balas.. "Selamat Berpuasa" jugak. takkan la aku nak balas "Selamat Hari Raya" kot. dalam banyak2 wish tu ada satu wish yang paling istimewa aku dapat.. apa yang istimewa ha?? aku dapat Toyota Wish ke?

yang istimewa nya wish puasa tu sebab disertakan dengan hadiah. ada ke orang bagi hadiah sempena bulan puasa?? jarang sangat...

bila dapat hadiah ni mood dia lain sikit. tak sama dengan kau beli sendiri barang tu.. walaupun benda tu kau boleh beli sendiri dengan duit kau, tapi bila orang bagi, kau akan rasa yang diri kau ni dihargai satuuu Malaysia..



kenapa ada lambang love?



sangat bermakna hadiah ni..
so tak payah la aku nak beli kurma dah
cukup untuk menampung keperluan sahur dan berbuka aku..
tengkiu so much Cik Norpaten!!


ayat manis : kalau yang 'urban' sket dan tak makan kurma tu apa kata korang hadiah kan Mamee Sllrrrp. buleh jugak buat berbuka dan sahur.lagipun jimat kos.

Sunday, August 8, 2010

lagi berapi, panas!!

entry ni aku buat khas sebagai sambungan kepada entry berapi, panas!! bulan lepas. sebab ramai yang tak puas hati benda tu tak berapa nak berapi.

kalau kau tak puas hati yang Mamee Sllrrrp Kari Berapi tu tak berapa nak berapi elok lah kau try Mamee Sllrrrp Kari Xtra Pedas pulak..

kalau tak cukup berapi lagi kau try letak cabai burung banyak2..

kalau mulut korang keluar api lepas makan mamee sllrrrp + cabai burung tu tandanya dah mencapai tahap kepedasan yang maksimum lah tu.

bulan puasa dah nak dekat.. harap2 tak ada yang masak Mamee Sllrrrp di siang hari pada bulan puasa..

Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.


ayat manis : "puasa..jangan tak puasa!!" (aku selalu dengar ayat ni masa kecik2 dulu)

Thursday, August 5, 2010

ibu dan Facebook

ibu2 zaman sekarang dah tak macam dulu. kalau dulu para2 ibu sibuk menguruskan hal rumah tangga dan menguruskan hal anak2 nya. tak lupa juga membantu sedikit sebanyak tugas suami. ibu2 sekarang kebanyakannya sibuk dengan kerja, shoping dan macam2 lagi. sekarang zaman moden. macam2 ada. facebook,twitter,blog dan macam2 lagi.. aku dengar cerita dah ramai sangat para ibu ketagih dengan facebook. sampaikan anak mereka terbiar. tak percaya?? tengok lah video kat bawah ni.. kesian budak ni. SILA DENGAR LUAHAN PERASAAN BUDAK NI KALAU ANDA PRIHATIN.





IBU DAN FACEBOOK

Ibu
Facebook
Hubungannya erat sekali.

Setiap hari,
sehabis mandi
selesai makan
Sehabis apapun…

Dalam hatiku,
aku berpikir
mau kemana gerangankah ia.

Notebook!!

Tapi apa yang selalu ia lihat di notebook
Facebook!!

Setiap hari, tawanya menggema

Sampai kapankah
hubungan erat antara Ibu dan Facebook
Mungkin sampai akhir hayatnya.

Notebooknya akan dibawanya…
ke syurga


ayat manis : video ni dah lama. kalau ada yang dah tengok tu baik korang tengok lagi sekali. budak tu comel kot. pandai budak ni buat puisi lawak!

Saturday, July 31, 2010

berat sama dipikul, ringan??

blog aku dah makin bersawang aku tengok. memang kena pun dengan nama blog ni LAMAN SESAWANG. sejak akhir-akhir ni aku sibuk sangat tolong abang sulong. sampaikan nak update blog pun takda masa. minta maaf semua! 10 jari tangan aku hulurkan sebagai tanda minta maaf. cantik tak jari aku? sori ah jari aku tak cantik. banyak kesan luka dan parut sebab accident moto dulu. tapi alhamdulillah, jari aku cukup 10. tak lebih dan tak kurang.

dah lama aku tak bercerita pasal abang sulung ni. ingatkah lagi anda kat abang sulong? kalau tak ingat dan kepada yang masih belum mengenali abang sulong silalah baca entri amaran abang sulong ni. anda akan tau langit tinggi atau rendah.

susulan daripada amaran yang telah dikeluarkan oleh abang sulong beberapa bulan yang lepas, abang sulong telah mengambil langkah drastik iaitu menganjurkan aktiviti gotong royong perdana keatas penghuni2 rumah sewa yang menyewa bersamanya. disini abang sulong menegaskan, tiada paksaan dan tiada larangan. sapa nak join,join..taknak sudah. abang sulong dah jenuh nak cakap dah. sampaikan ada satu hari tu abang sulong teruk sangat membebel sampai luka2 lidah dan mulutnya kerana kerapkali mengetap dan menggigit bibir menahan kemarahan yang melampau. dalam seminggu, 4 tiub Bonjela telah berjaya dihabiskan oleh abang sulong.

gotong royong bermula seawal 9.30 pagi waktu tempatan. ketika itu hanya abang sulong sorang sahaja yang sibuk bergotong royong. yang lain?? terbongkang. hari minggu kan. dah la pagi tu gempa bumi berukuran 6.1 skala richter kat Sumatera. haram sorang budak rumah pun tak sedar. tidur mampuih.. abang sulong sulong tak kesah pun. dia boleh buat semua sorang2. abang sulong kan banyak pengalaman. apadahal setakat gotong royong je pun..

selepas sejam abang sulong bergotong-royong..muncul lah seorang demi seorang budak2 rumah dari tempat persembunyian mereka iaitu bilik masing2. dengan muka mamai dan tak mandi nya mereka semua seolah2 tahu apa yang hendak dilakukan. ada yang basuh kipas, sapu sampah, cuci toilet, mop lantai, kemas dapur, bersihkan halaman rumah dan macam2 lagi. abang sulong terkejot dengan perubahan tersebut. selalunya budak2 ni nak kena suruh dulu baru buat.

abang sulong terharu dan sedikit sebak sebab dia tak sangka budak2 rumah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan gotong-royong tersebut. sebagai penghargaan, abang sulong belanja budak2 rumah 2 botol 100plus beserta ice cube sebagai pembakar semangat dan pengubat haus ketika gotong royong. abang sulong harap kerjasama dalam memastikan rumah ini sentiasa dan ceria berkekalan sampai bila2. hasilnya.. rumah bersih dalam 2,3 hari je. lepas tu, kotor balik. masing2 amalkan sikap yang berat sama dipikul, yang ringan angkat sendiri lah!! (bila time gotong royong sume sampah dibersihkan, bila hari2 biasa sampah depan mata buat tak tau je).


ayat manis : abang sulong, aku dah tulis pasal kisah kau kat sini. jangan lupa belanja aku pasni,k. aku nak GCB mekdi
Related Posts with Thumbnails