Wednesday, December 22, 2010

kemalangan terburuk dalam sejarah

20 Dec, petang Selasa. tengah syok menikmati Nescafe o suam kat mapley di tengah2 bandaraya Ipoh, tiba2 aku dikejutkan dengan bunyi siren. bukan siren bomba mahupun ambulans. tetapi siren moto kuda putih polis 750cc dua tiga bijik yang meng'escort' sebuah trak yang sedang menunda sebuah bas yang tertera perkataan "SAN EKSPRESS HOLIDAY" yang sudah tiada bumbungnya dan kedua tayar hadapannya sudah hilang entah ke mana. agak teruk keadaan bas tersebut. pada firasat aku mungkin bas ini telah lama kemalangan dan kini sedang diangkut untuk dibawa ke balai polis untuk post mortem barangkali..

balek je rumah aku bukak tv jap tengok berita. sekali bas yang aku tengok masa kt mapley tadi tu kuar tv pulak. tergamam kejap. mug milo yang aku pegang segera aku alihkan ke tepi. mata terbeliak, mulut ternganga tanda fokus. duhhh,eksiden. 28 orang maut. gila ngeri. lagi ngeri dari karingeri. tengok keadaan bas tadi pun dah tau mesti ramai yang mati.




menurut sumber berita tempatan bas tersebut sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highland. kejadian berlaku kira2 jam 11.40 pagi. macam2 spekulasi aku dengar. ada yang cakap kemalangan berpunca dari jalan berminyak dan licin la, brek rosak la, terbabas la. macam2. pada pendapat aku mesti bas tu dipandu laju. kalau tak laju tak kan boleh terbabas sampai macam tu. impak dan inersia kuat tu beb. habis tercampak sume penumpang.




sejak akhir2 ni banyak pulak kemalangan yang melibatkan bas ekspress. kali ini yang amat terburuk dalam sejarah. di mana silapnya? aku berpendapat bas 2 tingkat ni tak patut jalan kat jalan raya yang berbukit dan cerun. bahaya tu. kat highway or jalan straight boleh la. sekali dia corner tu 'corner baring' beb. tak stabil sebab bas dua tingkat ni lebih tinggi dari bas biasa. lagi satu tengok pada aspek design jalan tersebut. menurut apa yang aku belajar corner2 ni dipanggil "Geometry Curve". kau ingat nak buat jalan senang ke? men bubuh je batu2 pastu letak tar ngn bitumen? sebelum nak buat jalan ko kena buat kira2 dulu beb. kalau nak buat corner tu kena kira dulu berapa panjang dan radius yang sesuai. mungkin radius corner tu tak berapa nak cantik kot.tu yang sampai boleh mengakibatkan kemalangan.

bila dah jadi macam ni aku pun dah mula takot naik bas. aku pasti ada antara korang ramai yang takot nak naik bas dah bila dah jadi macam ni kan. tapi aku memang jarang naik bas. sebab dah ada kenderaan sendiri. aku rasa lagi jimat. naik bas tambang pun kadang2 lagi mahal dari minyak kereta. tapi harus ingat, kemalangan boleh berlaku di mana2 sahaja dan berbagai situasi. tak kira la korang naik bas ke, moto ke, kereta ke. yang penting sikap dan cara pemanduan tu mestilah berhemah. ingat, pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang!


ayat manis : aku memang fak orang yang tukar lorong tak bagi signal kat federal highway!

gambar ihsan : berita harian online

14 >luahan perasaan:

Mohd Fitri said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

seram dengan kejadian yang semakin menjadi-jadi sekarang ni.

alinac lover said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

takut kan

maxpayne said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

memang ngeri...

Video kemalangan bas di cameron higlands

fyda razak said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

was2 nak beli tiket bas xpress time nak balik bcuti~

KizZ said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

Alamak keciannya..
ni cuak ni nak nek bas..aiii

Jom sini,
Bukan warewolf versi twilight?

~Princess Nasuha~ said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

hmmm,..thu takpe,.. pe r nk jd,..

mamat80 said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

mina pun xcuke...mcm berat bebenor bg signal...aduhhh

ANATI SOKI said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

takut.. syes takut.. sbb bas tuh double.. pastu plak eksiden plak kt cameron..adoihh... mmg ngeri habis lah

Azmira Yusoff said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

Ya allah ,lindungi lah perjalanan ku nanti .. takot lahh

hans said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

memang menakutkan kut
haih
dah ramai gila terkorban

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

Anisa Hang Tuah said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

takut nak naik basss

Kie-yu said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

salam takziah utk semua mangsa
sedih :(

fathiah said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

takut nye..... mintak2 dijauhkan la..

wunny said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

takut betol. dah la selalu naik bus. yelah belajar jaohh. sobb

salam singgah! ^^

Related Posts with Thumbnails