Monday, May 31, 2010

konvoi misi bantuan ke Gaza diserang

nauzubillah..sesungguhnya yahudi dan zionis adalah pengganas!
terkejut dan geram aku bila dapat tau kapal bantuan misi kemanusian kena serang. mengong la Israel ni. diorang xbawak senjata pun. depa bawak makanan ngn ubat2an.

pagi tadi kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan telah diserang oleh askar laut Israel.

seramai 16 orang terbunuh, 30 orang cedera...

masa kejadian tu kira-kira 540 orang berada dalam kapal Mavi Marmara. mereka terdiri daripada ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

menurut BERNAMA 2 orang wakil media dari Astro Awani yang berada dalam kapal Mavi Marmara tersebut tidak dapat dihubungi dan tidak diketahui nasib mereka sehingga kini. 6 orang lagi sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat kerana mereka menaiki sebuah lagi kapal "Rachel Corrie".


info tentang konvoi LIFELINE 4 GAZA:
  • 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean.
  • konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH).
  • konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan.
  • tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri.

perkembangan terkini:
  • laporan tak rasmi mengatakan 16 org terbunuh.
  • media israel dakwa 20 org maut.
  • kejadian berlaku 65km dari pantai Gaza.
  • serangan helikopter berlaku 4.30pg (wktu tmptn) 10.30 pg (wktu Malaysia).
  • semua kapal ubah haluan ke Haifa.

video yang mengatakan askar Israel tengah nak bagi warning kat kapal Mavi Marmara. >>>


crew kapal Mavi Marmara cakap "negative! our destination is Gaza!"..cayalah!


ketika serangan di atas kapal >>




ayat manis : marilah kita sama2 mengutuk tindakan kejam rejim Zionis ni dan doakan kesejahteraan sukarelawan yang terlibat supaya dapat kembali ke tanah air dengan selamat.amin

Saturday, May 29, 2010

dilema


argghhh!! pening kepala + serabot.
hasilnya = aku dilema!
korang paham tak apa itu dilema?

menurut
Kamus Dewan Edisi Ke-4


DILEMA :
(diléma) keadaan yg menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua al­ternatif (benda, orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan serba salah: ini kerana Soviet Rusia sendiri kini berada dlm ~ berkaitan dgn pelibatannya di Afghanistan.


wahh!! hari ini kita dapat belajar satu ayat baru ye adik2..

sekarang dah faham kan apa itu dilema.

aku sebenarnya tengah dilema (bukan dilamar!)

so,aku dedicate video ni kat diri aku sendiri n kat sapa2 la yang tengah ada problem dan otak dia tak dapat berfungsi dengan sepenuhnya buat masa sekarang.

diharap apabila selesai menonton video ni akan dapat melincirkan perjalanan darah anda dan mengetatkan kembali skru2 yang telah longgar di sekitar kawasan medula ablongata.layann~~






ayat manis : bila tengok video ni aku rasa senang dan tak ingat masalah dah.

Thursday, May 27, 2010

baby umur 2 tahun ketagih rokok





ihsan : The Sun

salah sapa ni?? jangan salahkan ibu mengandong, salahkan bapak!

budak ni nama dia Ardi Rizal. dok kat Musi Banyuasin, Indonesia. umur dia baru 2tahun. masih mentah lagi beb. baligh pun belom lagi. suara pun belum garau lagi. halkum?? takde lagi..

sume nye bermula masa Ardi umur 18bulan. bapak dia-Mohammed, 30thn, bagi dia isap test sepam dua. bapak dia bagi saja2 je. lame2 udah gian plak budak tu..skrg ni isap 40batang sehari!!wtf man!

mak dia-Diana,26thn cakap Ardi ni dah tahap 'heavy smoker'. kalau dia tak dapat rokok dia akan mengamok dan hantuk pala kat dinding. astaga..

dalam sehari parent dia akan belanja £3.78 untuk rokok bagi kat Ardi. bapak dia cakap bapak dia tak rase pape pun sebab dia tengok Ardi tu sehat je.

lol,memangle sekarang ni sehat. nanti lama2 rosak le paru2 budak tu..





ayat manis : mak bapak bagi budak2 minum susu.bukan rokok!

Wednesday, May 26, 2010

buang bayi lagi,lagi dan lagi!!

mesti ramai dah meluat dan bosan tahap gaban bila dengar cite pasal buang bayi ni. hampir setiap hari ade je kes buang bayi.

media surat khabar,tv dan radio pe sume sampai dah tak larat nak cover sume kes dan berita pasal buang bayi ni sebab dah banyak sangat. bagi lah peluang kat berita len. banyak lagi berita dan isu yang penting contoh cam lembu beranak ke, kucing tingalkan anak tepi jalan ke..

orang yang buang anak ni memang suka cari publisiti murahan. kesian kat berita lain tak de can nak masok paper dan dapat liputan meluas-publisiti..

semalam aku bukak tv1 tengok berita. terkejot berok aku bila dengar nama tempat rumah sewa aku disebot. aku ingatkan masok tv sebab menang kampung terbersih ke pe. rupa2nya ada orang (prangai cam binatang) tanam baby yang baru lahir tak jauh ngn umah sewa aku tuh.

Grrrr..ade otak ka xda otak orang yang tanam baby ni ha? buat @!$#& (--->seks) pandai, tp nak bela baby xpandai. apela salah baby tu. baby tu suci n bersih dr sebarang dosa kot. yang berdosa mak ngn bapak baby tu. kau bayangkan la nanti bila kau dah mati. baby tu akan melambai2 kat kau di pintu syurga. sedangkan kau si penanam bayi akan meraung2 dan menyesal tak sudah. xguna dah beb lu menyesal time tu! baby tu akan cakap " Sorry, dah terlambat". nyeh!


Mayat bayi lelaki ditemui ditanam

Tuesday, May 25, 2010

mesej berhantu

seram sejuk bulu roma dan bulu ketiak aku bila bangun pagi tengok2 ada mesej pelik kat henpon aku.

setahu aku, aku tak pernah pun melanggan ON CINTA ke, ON REMPHIT ke, ON wateva la. kalau tak silap aku nombor fon yang hantar mesej ni adalah nombor operator servis yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.






aku tak pasti apa yang operator ni nak bagitau. aku syak ni macam tarikh... errr..xtaula nak cakap. mungkin tarikh aku akan bertemu jodoh kot. tak pun tarikh aku jadi kaya..wtf! haha

apa pendapat tuan2 dan puan2 sume?? adik2 di rumah?? apa maksud tersirat yang terdapat di sebalik tarikh tu? aku sampai harini terpikir apsal diorang bagi mesej ni kat aku. pelik tapi benar!!


ayat manis : usah biarkan diri anda diselubungi misteri!!

Sunday, May 23, 2010

I'm going to...

kepada sapa2 yang rasa diri dia remaja dan muda tak kira lah korang hensem ke cun ke anda semua dijemput ke majlis ini.

Program : Youth'10
Tarikh : 28-30 May 2010
Tempat : PWTC KL



program ni diadakan sempena Hari Belia Negara yang telah disambut beberapa hari yang lepas. macam2 program weh. ada konference (ilmiah-bkn merapu). kau nk bli baju pun boleh sbb ada shoping festival. dance festival pun ada- utk sapa2 yang kaki shapel, zapin, joget. untuk kaki headbanging dan mosh ada konsert untuk anda. dan macam2 lagi lah program. aku nak senaraikan kat sini pun xlarat.

nak tahu lebih lanjut korang tekan sini

jumpa korang kat sana ok

Friday, May 21, 2010

amaran abang sulong


tarikh kejadian :
tak ingat dah sebab sebok dengan final
tempat kejadian :
rumah sewa (rumah elvi)
suspek :
abang sulong (bukan nama sebenar)
mangsa :
11 orang budak rumah yang menyewa rumah elvi
motif kejadian :
sehingga kini tak tahu pasai pa
klasifikasi :
18SG (amuk!)


abang sulong ni penyabar orangnya. tapi kalau kesabaran itu dah mencapai limitnya, bukan setakat gunung berapi pon meletop,gunung everest pon boleh meletop memuntahkan larvanya.

nasib baik tak ada yang cedera parah dihantuk kepala kat dinding. kalau tak memang naya. tak pasai2 abang sulong jadi femes masok paper KOSMO!.

abang sulong ni tak suka sepah dan kotor. dia suka persekitaran yang bersih dan kondusif di mana sangat sesuai untuk kanak2 membesar.

bila kotor dan bersepah sikit abang sulong ni akan rajinkan diri dia mengemas apa yang patot. kadang2 ada masa terluang abang sulong ni suka nak tiru macam program tv Deco Bersama Eric tu. gubah sana,gubah sini..padahal perabot kat rumah sewa tu semuanya dah usang. tinggal masa nak reput je.

kemarahan dan kebengisan abang sulong semakin mencapai tahap klimaksnya apabila melihat bungkusan makanan dan minuman dibiarkan atas meja di ruang tamu berhari2 sehinggakan dihurung segerombolan semut itam.

abang sulong pon apa lagi membebel lah dia sambil mengangkat bungkusan2 minuman tu. asyik2 abang sulong je yang kena buat kerja ni. dah macam amah dah. kesian jugak tengok dia. dah la tak dibayar gaji. kalau amah2 indon yang lain dah lama angkat kaki cari majikan lain. abang sulong keciwa dan sedih sebab budak2 yang lain bukan nak tolong dia tapi tolong tengok je. "kalau macam ni sampai bila rumah ni nak menang rumah paling bersih dan cantik kat taman ni". bisik abang sulong kepada dirinya.

hati abang sulong semakin membara. tapi abang sulong ni memang tak suka nak tunjuk kemarahannya yang memuncak tu. sebaliknya kemarahannya itu dizahirkan di atas beberapa helai kertas A4..





tu dia..betoi2 marah haa
yang atas ni abang sulong tampal besar2 kat ruang tamu..

pastu abang sulong pegi dapur plak. dia tengok dapur dah macam baru lepas buat kenduri kawen. cukup bersepah! lantas abang sulong menggapai sehelai lagi kertas A4 dan menulis....





tak cukup dengan tu lagi abang sulong jenguk pulak kat tong sampah. berair. jijk. disgusting. naseb baik tak ada cacing kerawit. abang sulong pun apa lagi amek lagi satu kertas A4




heh..yang last skali tu bukan main panjang lagi ayat dia.
nak buang air pegi la toilet kan. apa daa

Thursday, May 20, 2010

sunway lagoon nak bagi tiket free

berita baik untuk sapa2 yang tak penah masuk Sunway Lagoon. sekarang ni Sunway Lagoon tengah baik hati nak bagi tiket free kat korang semua.





Sunway Lagoon ni sebenarnya nak korang vote supaya dia menang anugerah Asian Attractions Awards 2010 oleh International Association of Ammusement Park (IAAPA). lagi banyak vote yang dia dapat dari korang so lagi cerah la peluang diorang nak dapat anugerah tersohor tu.





kau tengok tu.. 50+80 =
130 tiket diorang nak bagi!!
banyak tuuu

nak tak tiket free ni?


errr...saya nak!! tapi apa yang saya kena buat ye?ngeeeee

  1. sila tinggalkan address email korang kt ruangan komen (luahan perasaan) kat bawah ni.
  2. aku akan suruh sunway lagoon antar email vote tu kat email korang.
  3. bukak inbox email korang dan bukak email yang sunway lagoon bagi tu dan tekan vote.
  4. pehtu korang register kt laman web tu.
  5. mulakan tugas korang dengan kumpul seberapa banyak vote dari kawan2 korang.
  6. lagi banyak vote yang korang refer lagi cerah peluang korang nak dapat tiket free.yeeeehaaaa
  7. cepat! sebelum 15 Jun 2010 (closing date).

selamat mencuba!!


ayat manis : kalau korang menang jangan lupa aku pulak!!

Wednesday, May 19, 2010

emel berhantu

semalam aku cek emel aku. aku jumpa satu emel yang sungguh pelik dan misteri kat inbox aku. aku ingat emel notification dari fesbuk. tapi agak pelik sikit sebab aku rase cam xsedap ati (dup dap jantung bunyi). bila aku bukak.. tadaaaa!!



emel misteri yang aku dapat
klik kat image tu kalau korang rabun



actually beberapa hari lepas aku join satu contest kat dlm Vision KL. ada contest pasal filem perancis yang akan ditayangkan kt GSC International Screening. dia suh jawab 2 soklan berdasarkan artikel pasal muvi tu. aku pun dok gatai tangan p la jawab soklan yang senang tahap kacang putih tu. aku memang suka contest2 ni. saja nak try naseb manalah tau menang ke. untung sabot timbul, untung batu tenggelam ~~(memanglah batu tenggelam sebab berat-tu pon tatau ke?). cikgu dah ajar kan masa kat Tabika Perpaduan dulu.






contest itoo di laman web nya




senarai nama pemenang bertuah
klik kat image tu kalau korang rabun



xde pon nama aku :(
aku dah mula rase cam tipu je emel yang aku dapat tadi.sedih,geram,nak marah dan rase macam nak pukul orang pon ade..grrrrr





kecik sgt?xnampak? klik kat image tu..
haih..muda lagi dah rabun




eh,macam nama aku je..hahaha


jom serbu GSC!! sapa nak tengok wayang dengan aku?marilah...hahaha



ayat manis : aku memang suka join contest2 ni...hobi aku.kalau ada pape lg contest yg cool gtau aku.nyeh!

Saturday, May 15, 2010

sembang petang

Penat! baru pulang dari Singapore. trip yang sangat seronok and very enjoy.. thanks to Fateen and Azran sebab follow aku. korang memang sempoi beb. kesian tengok korang. muka cam penat tapi layan je perangai kepala batu aku kan. sangat seronok berada di Singapura. negara yang bersih dan tak ade sekor mat remphit pon.

Mase jalan2 kt sana aku terpikir mana lah budak2 muda diorang ni?? kat town Singapore xnampak pon dak2 lepak tepi jalan main shapel macam kt BB, pasar seni kt KL tuh. pelik!!lagi pelik tak ada pon orang meniaga tepi jalan jual air ke tebu ke crocs ke. lagi terpukau dan jelez bila tengok semua kereta2 yang menggelungsur laju kt Singapore sume kereta2 mahal dan baru2. tak ada pun kereta kancil, wira dan lain2 lagi kereta yang dipakai oleh rakyat Malaysia. aipppp!! banyak betoi duit diorang ni. diorang wat bisnes apa ha?? pelik..pelik..dan pelik! teksi kat sana pun pkai kereta Hyundai. kalau kat Malaysia kereta Iswara la yang banyak jadi teksi.


Masa kat sana aku tertarik dengan satu t-shirt tu. dia tulis kat baju tu "Singapore is a fine city".haha.. undang2 dia..huh,xyah ckp la. sangat ketat! kau tak boleh makan cheewing gum and hisap rokok kt sana. kalau kau ditangkap, kau kena bayar saman $1000 on da spot..1000 dollar singapore beb,bukan RM1000. 1 dollar singapore = rm2.36 so kau darablah dengan duit malaysia berapa kau kena bayar. pokai la kalau bayar saman tuh..

Cukuplah tu. nanti gua sambung citer lagi eh. kalau aku rajin nanti aku upload gambar2 aku sepanjang aku kat negara singa tu..k, chow!

Saturday, May 8, 2010

Mesti Cuba- GLADE PLUG UPS

Barang baik ni! Mesti korang semua pernah kentut kan?kan?Hari ni aku nak kupaskan mengenai isu kentut yang semakin berleluasa. Kentut boleh dikategorikan pelbagai jenis. Ada kentut berbau,ada tak.Ada juga kentut berbunyi dan ada yang tak berbunyi untuk yang pandai cover.Nyeh,tak perlu lah aku nak tunjuk demo bunyi kentot kat sini. Euuwww..disgusting,okeh!

Teknik-teknik meng'cover' kentut yang tak boleh dipakai dah zaman moden ni contohnye macam kentut sambil gelak kuat-kuat. Ya,diulangi..sangat kuat!! Yang ni kadang-kadang tak berkesan sebab kentut tu memanglah tak dengar sebab kau dah cover dengan gelak kuat-kuat,tapi bau nya kau tetap tak boleh cover sebab kentut menghasilkan gas karbon apekebendantah yang boleh membuatkan hidung dan tekak kau rasa loya serta mencemarkan alam sekitar. Secara tak langsung berlakunya pemanasan global kepada alam sekitar.Kau tengok! patotla Cameron Highland dah tak sejuk dah macam dulu hoh.




Eh,merepek apa ni?? Ok,straight to the point berbalik kepada isu kentut tadi. Aku dah jumpa penyelesaiannya. Disarankan kepada sesiapa yang kuat kentut tak mengira masa mahupun tempat, aku syorkan korang guna menatang ni. Benda alah ni boleh buat kentut kau yang busuk tu jadi wangi. Kalah bau one-drop perfume yang korang calit kat baju korang tu. This video will tell you all pasal function dia dan how to use it. Benda alah ni diberi nama Glade Plug Ups. Wah,ni jenama famous ni! Mesti korang pernah pakai kan. Kat kereta,almari baju,rumah.




Kentut bau buah-buahan dan bunga. Gila!haha. Lepas ni tak ada masalah dah kalau nak kentut dalam lif. Bukan main lagi dia punya slogan -'A Refreshing Blast Right Out of Your Ass.'haha..aku suh pakcik google translate kan maksod slogan tu. Hasilnya-'Yang Benar Menyegarkan Blast Out of Ass anda'. Eh, pakcik google lupe nk translate kan Ass tu..apekemende tu?

Shuuhhh...jap2,jangan stat lagi enjin kereta kau. Ni mesti tak sabar nk dapatkan Glade Plug Ups tuh. Relax,have a break have a kit kat! Wat penat je kalau korang pergi supermarket cari benda nih. Benda alah ni tak ada pun dalam pasaran. Benda alah ni just for fun aja..theheheee


ayat manis: masa kat rumah sewa kat Penang dulu budak-budak rumah siap buat graf kentut lagi sapa yang kentut paling banyak kat rumah. Pastu tampal kt dinding. Naseb baik xbuat frame graf tu.

Friday, May 7, 2010

Selamat Sore :)




Hi everyone!!
This is my first entry..

Congratulations!! (tepuk tangan kat diri sendiri) because finally you found and visited this rubish blog. First of all I would like to say welcome to lamansesawang.blogspot.com.I hope u all support me because i'm new in this blogging job (not blow job,ok).

Why I'm starting to have blog? ohh..thats a good question,dude. i loves to read people's blog and most of my friends ask me "why not you build your own blog?" i said-"oh,thats sound interesting and cools! but I don't have much time to write." they said-"its easy man! try lah!".. so,finally I pun try lah..

Do inform me if there's something wrong with the words in my entries because i'm not so good in English but it's ok for Orang Kampung like me..nyeh! and maybe sometimes I will write in Malay because I think it quiet easy to understand by 1Malaysia people rather than English rite. and don't mad if i mix up the English and Malay (rojak) because i like to eat rojak.

Watch out bloggers out there! do share something on your blogging knowledge with me,ok..Don't be a stingy person because orang tamak selalu rugi.hoh..

Related Posts with Thumbnails