Friday, December 17, 2010

aku masih hidup!!

dah lama rasanya tak update. aku sangat bz dari bulan 10 lagi. final exam, kerja dan macam2 lah.. terima kasih kepada yang sudi blogwalking kat blog aku walaupun aku tak update. mesti korang ingat aku ni dah tak wujud dalam dunia blogsphere yang tidak berpenghujung ni.

berikut adalah 2 sebab aku dah lama tak update blog

1) Final exam

semasa musim final exam, aku sangat malas nak update. aku tumpukan seketika pada pelajaran. alhamdulillah.. berkat usaha dan rezeki anak2 (anak2??), akhirnya result aku ok. walaupun tak dapat 4 flat, tetapi aku berbangga dan bersyukur dengan result yang aku perolehi.. menurut kawan aku, katanya 4 flat ni hanyalah untuk mereka yang tinggal di rumah flat. demm, patotla aku tak dapat 4 flat sebab rupa-rupanya aku dok sewa umah teres.

2) Istiadat Konvokesyen ke-73 UiTM

semasa cuti semester aku berpeluang menjadi urusetia konvokesyen. pengalaman yang menyeronokkan. seronok dan terharu melihat ramai ibu bapa yang datang dari jauh demi melihat anak mereka menggenggam segulung ijazah/diploma. ada satu hari tu yang paling menyentuh hati aku apabila melihat seorang bapa yang pakaian nya lusuh datang membawa bungkusan hadiah yang telah dibalut menggunakan pembalut hadiah. sedangkan ketika itu aku melihat hampir semua bapa yang hadir mengenakan baju batik sambil memegang bunga segar untuk diberi kepada anak mereka apabila keluar dari dewan nanti. aku termenung sejenak.. rasa sayu pun ada. aku pikir, orang tua tersebut mesti dari golongan yang susah dan tidak mampu untuk memberi bunga yang biasanya diberikan kepada para graduan apabila konvokesyen. memang mahal pun bunga2 segar tu.. sejambak yang paling murah pun dalam RM30 lebih. baik kau beli makanan lagi bagus. kenyang. beli bunga esok lusa dah layu. ye dakk??




mesej yang cuba disampaikan :
hargailah pengorbanan mak bapak anda yang telah banyak bersusah payah membesarkan anda sehingga ke menara gading. (sila baca bersama2 background lagu Menuju Puncak..oyeahh!!)

paling best aku dapat tengok macam2 gelagat graduan lepas terima skrol. ada yang menjerit, ada yang terjatuh tangga dan macam2 lagi.. nak tengok cerita pasal konvo bleh tengok kat blog En. Fitri dari Gedung Rasa .. dia pun urusetia jugakk.

ayat manis : kenapa manusia cepat berubah bila masok MLM? kawan yang tak pernah ajak lepak tiba2 nak ajak lepak..

10 >luahan perasaan:

KizZ said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

hehe..yup..hargai lah setiap jasa dan pengorbanan ibu bapa yang yang telah dicurahkan bermula dari kita dalam perut ibu lagi eceehh..


Jom sini,
www.kizgarden.blogspot.com

Sepi tanpa mimpi said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

dah update!! hah promote blog aku..
arigatou gozaimasu.. :D

aren said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

@KizZ : yepp..anak yg baik mestilah menghargai apa yg telah dilakukan oleh ibu bapanya.pandu dgn cermat,igtlah org yg tersayang!!

aren said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

@Sepi tanpa mimpi : akhirnya!! haha..lupa nk gtau ko yg aku promot blog kau.hehe

Anip™ said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

patut ler lama tak updae..huhu~ jd urusetia konvo siot..hua3..

Latest Entry :
-> Ingin Mencari Cinta, 10 Petanda Seseorang Ini Adalah Jodoh Kita !
-> Tingkatkan Trafik Blog Dengan Sistem Autopost Entry Terbaru Di Malaysia Blogger United !

Afzainizam said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

eeeemmmm ingat ayah ibu tunggak kejayaan .... restu ayah ibu restu Allah jua....

nas said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

pergh,.jadi urusetia konvo ea...bagus2..hehee..aku nie dok kat menara saas selalu je nampak orang tengah konvo...macam best lak tengok diorang happy :P


SuBjek pendidikan seks kurang sesuai diajar di peringkat sekolah

aren said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

@Anip™ : biasa bro!! cari makan..haha

aren said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

@Afzainizam : solat jgn tinggal.agama jgn dilupakan..

aren said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

@nas : of kos la best.sabar eh nas. nanti turn ko pulak.hehe

Related Posts with Thumbnails