tarikh kejadian : tak ingat dah sebab sebok dengan final
tempat kejadian :rumah sewa (rumah elvi)
suspek :abang sulong (bukan nama sebenar)
mangsa :11 orang budak rumah yang menyewa rumah elvi
motif kejadian :sehingga kini tak tahu pasai pa
klasifikasi :18SG (amuk!)
abang sulong ni penyabar orangnya. tapi kalau kesabaran itu dah mencapai limitnya, bukan setakat gunung berapi pon meletop,gunung everest pon boleh meletop memuntahkan larvanya.
nasib baik tak ada yang cedera parah dihantuk kepala kat dinding. kalau tak memang naya. tak pasai2 abang sulong jadi femes masok paper KOSMO!.
abang sulong ni tak suka sepah dan kotor. dia suka persekitaran yang bersih dan kondusif di mana sangat sesuai untuk kanak2 membesar.
bila kotor dan bersepah sikit abang sulong ni akan rajinkan diri dia mengemas apa yang patot. kadang2 ada masa terluang abang sulong ni suka nak tiru macam program tv Deco Bersama Eric tu. gubah sana,gubah sini..padahal perabot kat rumah sewa tu semuanya dah usang. tinggal masa nak reput je.
kemarahan dan kebengisan abang sulong semakin mencapai tahap klimaksnya apabila melihat bungkusan makanan dan minuman dibiarkan atas meja di ruang tamu berhari2 sehinggakan dihurung segerombolan semut itam.
abang sulong pon apa lagi membebel lah dia sambil mengangkat bungkusan2 minuman tu. asyik2 abang sulong je yang kena buat kerja ni. dah macam amah dah. kesian jugak tengok dia. dah la tak dibayar gaji. kalau amah2 indon yang lain dah lama angkat kaki cari majikan lain. abang sulong keciwa dan sedih sebab budak2 yang lain bukan nak tolong dia tapi tolong tengok je. "kalau macam ni sampai bila rumah ni nak menang rumah paling bersih dan cantik kat taman ni". bisik abang sulong kepada dirinya.
hati abang sulong semakin membara. tapi abang sulong ni memang tak suka nak tunjuk kemarahannya yang memuncak tu. sebaliknya kemarahannya itu dizahirkan di atas beberapa helai kertas A4..
tu dia..betoi2 marah haa
yang atas ni abang sulong tampal besar2 kat ruang tamu..
pastu abang sulong pegi dapur plak. dia tengok dapur dah macam baru lepas buat kenduri kawen. cukup bersepah! lantas abang sulong menggapai sehelai lagi kertas A4 dan menulis....
tak cukup dengan tu lagi abang sulong jenguk pulak kat tong sampah. berair. jijk. disgusting. naseb baik tak ada cacing kerawit. abang sulong pun apa lagi amek lagi satu kertas A4
heh..yang last skali tu bukan main panjang lagi ayat dia.
nak buang air pegi la toilet kan. apa daa