Saturday, May 8, 2010

Mesti Cuba- GLADE PLUG UPS

Barang baik ni! Mesti korang semua pernah kentut kan?kan?Hari ni aku nak kupaskan mengenai isu kentut yang semakin berleluasa. Kentut boleh dikategorikan pelbagai jenis. Ada kentut berbau,ada tak.Ada juga kentut berbunyi dan ada yang tak berbunyi untuk yang pandai cover.Nyeh,tak perlu lah aku nak tunjuk demo bunyi kentot kat sini. Euuwww..disgusting,okeh!

Teknik-teknik meng'cover' kentut yang tak boleh dipakai dah zaman moden ni contohnye macam kentut sambil gelak kuat-kuat. Ya,diulangi..sangat kuat!! Yang ni kadang-kadang tak berkesan sebab kentut tu memanglah tak dengar sebab kau dah cover dengan gelak kuat-kuat,tapi bau nya kau tetap tak boleh cover sebab kentut menghasilkan gas karbon apekebendantah yang boleh membuatkan hidung dan tekak kau rasa loya serta mencemarkan alam sekitar. Secara tak langsung berlakunya pemanasan global kepada alam sekitar.Kau tengok! patotla Cameron Highland dah tak sejuk dah macam dulu hoh.




Eh,merepek apa ni?? Ok,straight to the point berbalik kepada isu kentut tadi. Aku dah jumpa penyelesaiannya. Disarankan kepada sesiapa yang kuat kentut tak mengira masa mahupun tempat, aku syorkan korang guna menatang ni. Benda alah ni boleh buat kentut kau yang busuk tu jadi wangi. Kalah bau one-drop perfume yang korang calit kat baju korang tu. This video will tell you all pasal function dia dan how to use it. Benda alah ni diberi nama Glade Plug Ups. Wah,ni jenama famous ni! Mesti korang pernah pakai kan. Kat kereta,almari baju,rumah.




Kentut bau buah-buahan dan bunga. Gila!haha. Lepas ni tak ada masalah dah kalau nak kentut dalam lif. Bukan main lagi dia punya slogan -'A Refreshing Blast Right Out of Your Ass.'haha..aku suh pakcik google translate kan maksod slogan tu. Hasilnya-'Yang Benar Menyegarkan Blast Out of Ass anda'. Eh, pakcik google lupe nk translate kan Ass tu..apekemende tu?

Shuuhhh...jap2,jangan stat lagi enjin kereta kau. Ni mesti tak sabar nk dapatkan Glade Plug Ups tuh. Relax,have a break have a kit kat! Wat penat je kalau korang pergi supermarket cari benda nih. Benda alah ni tak ada pun dalam pasaran. Benda alah ni just for fun aja..theheheee


ayat manis: masa kat rumah sewa kat Penang dulu budak-budak rumah siap buat graf kentut lagi sapa yang kentut paling banyak kat rumah. Pastu tampal kt dinding. Naseb baik xbuat frame graf tu.

0 >luahan perasaan:

Related Posts with Thumbnails