Monday, July 5, 2010

semester baru dan mood baru

hari ini bermulalah semester baru. seperti biasa aku gerak pergi kelas sorang-sorang. lone ranger sebab budak rumah aku takde sorang pun yang sama kelas dengan aku. best apa layan kepala sorang2. pagi tadi aku bangun awal macam bersemangat nak ke kelas. padahal sebab kena hantar si Fatin ni pergi kerja dulu.

macam biasa..pintu masok UiTM Shah Alam sesak. nak masok aku tengok dah macam kambing masok kandang. sangat berpusu-pusu. aku syak UiTM bertambah sesak sebab diorang dah buat palang automatik kat parking2 fakulti. hanya staf sahaja dibenarkan parking kat depan fakulti tuh. student2 yang bawak kereta saket lah korang. terpaksa parking jauh2 kat tempat yang dibenarkan. tu pasal aku prefer bawak moto je kalau nak pergi kelas. boleh main cilok2. kalau lambat pun tak ada masalah. tak payah nak meredah jem.

kelas pertama kelas Highway and Traffic Engineering. lecturer ok. tapi strict gila. datang lambat 5minit kena sign attendant kat kertas lain. hoh,agak kejam jugak lah. macam diskriminasi pun ada. baru kelas yang pertama dia dah bantai lecture. nak kasi refresh la kunun2 nya apa yang kitorang dah belajar waktu diploma dulu. aku ni pulak ntah nape dok syok layan kesejukan air cond kat dalam bilik kuliah tu, bantai tidur..

lepas tu kelas Research Methodology. aku suka kelas ni sebab dia combine 3 group skali. so ada lebih kurang 90 orang dan buat kat dalam dewan kuliah. suasana meriah. sebab ramai. awek2 pun ramai.dapatlah cuci mata sepam dua.

lecturer tu stat bagi intro pasal subjek ni je teros skali lagi aku tertidur. aku ni profesional sikit sebab tidur dalam keadaan duduk. tak lentok kepala kat meja pun mahupun tersenggok2. cuma mata je pejam. tu pasal aku jarang kantoi kalau tido dalam kelas.

kelas yang terakhir untuk hari tu ialah kelas Further Calculus for Engineer. aku cukup tak berkenan dengan calculus ni sebab paper ni la yang paling aku lemah sepanjang aku study Engineering. aku anggap subjek ni subjek killer bagi aku sebab aku sebenarnya tak pandai sangat Matematik. dulu masa kat sekolah aku paling menyampah dengan subjek ni. aku rasa sebab cikgu yang ajar aku tu dulu kuat lempang budak. sapa tak reti jawab je kena lempang! aku penah kena baling marker sebab tidur dalam kelas dia. bila dah masuk U terpaksa la jugak belajar Matematik ni sebab bersangkut paut dengan Engineering.

dalam kelas lecture Further Calculus tu sekali lagi aku tertidur masa lecturer tu bagi briefing sikit pasal subjek ni. bila aku celik mata je sedar2 dia panggil aku. tangan dia macam tunjuk ke arah whiteboard. aku rasa dia suruh aku jawab soalan la tu. tapi aku tak nampak pun mana soalannya. dengan mamainya dan selamba je aku jawab. tapi jawapan yang aku bagi tu salah. nasib baik lecturer tu baik tak marah aku tidur dalam kelas dia.haha

cukuplah tu. aku nak tidur dah. esok kelas pukol 8.30pagi...

15 >luahan perasaan:

eqacashperlala said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

studyyyy
jgn tidoo :D

nas said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

aku lagi la....semalam aku ader 2 klaz...satu klaz pon ckgu xdtg,,
hahahha
mmg tadi ramai org...
kelakar tgok student2 baru....
macam kekok..ehehee..
teringat ak zaman dulu...lalala

zati said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

bnyaknyee tertido, klaka je hehe tapi tido2 pun sti pandai nie..sampai leh ambik degree huhu

penggunaan huruf “W”

kenwooi said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

enjoy the new sem =)

zaza said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

uit.. bagun2!!
semangt sikit la der... hehe
calculus la best... buat otak jem!!

Hamzah Ian said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

tido2!! tido tu nikmat!!!

hentakbelipat said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

selamat blajar balik!!

Khairul Azmi said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

haha...bgus2...tido masa lecture....
haha..biasa la tu...

wadud@duad said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

hahaha..
lawok aku baca kesah ko nieh bro...
tapi biasa la tertido lam kuliah...
tapi aku xpenah sebab aku dok depan lecturer..hahahha

Liyana said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

best owh tido tak kantoi..
haha..

nisya said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

telan ubat tido ke ape nih? heheee

~ataicha~ said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

sabar je.. dah adat study kan..
camne leh tido dalam klass ni erk.. awal sem plak tue.. :p

HonEyBuNNy said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

gd luck untk new sem...;-)

echah mashuri said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

xpe,,tdo r lu,,,bru intro je awl2 sem...hiuhu

.sweet-ants. said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

hehehe kelakar la awk ni...
same la kite uitm s.alm...
rase mls jer nk g class pg2 bile mngenangkan jln jem...

Related Posts with Thumbnails