Wednesday, July 14, 2010

Paul si Sotong dan Final World Cup

sabtu lepas aku tak dapat datang gathering Gengblogger. mintak maaf banyak2. bukan aku saja taknak pegi. aku ada alasan kukuh. pada hari tu aku terpaksa bertolak ke Port Dickson sebab menghadiri reunion budak2 Civil yang sekuliah dengan aku masa diploma dulu. trip dan reunion tersebot memang best!! kepada En Benny, thanks sebab organize reunion yang sangat seronok dan menerujakan itu. bbq daging yang aku panggang malam tu memang sedap kan En Benny.. agagagagaga.

korang tengok tak final world cup haritu? aku tak melepaskan peluang ni. 4tahun sekali beb. balik2 dari PD sampai rumah dah dekat 11 malam. lepas tu siap2 terus gerak pergi I-City. gila semangat! tak ingat penat langsung. dah sampai I-City, jalan jem teruk. ramai gila manusia. Hot FM siap bagi duit kat sapa2 yang tengok bola pakai kain pelekat or kain batik pada malam tu.. menarik! yang paling best depa dok baling2 bola Jabulani. banyak pulak tu. sapa dapat sambut dia lah dapat. aku tak dapat sebab ramai sangat berebut. kang kalau aku masok takot patah riuk pulak berebot semata-mata sebab nak bola free.

kat I-city tu siap ada pulak sotong macam Paul tu. diorang cakap sotong tu didatangkan khas dari Sekinchan. bukan Jerman,ok. siap letak dalam akuarium pastu letak bekas bendera Spain dengan Netherland lagi. kesian aku tengok sotong tu macam tak tentu hala je. kejap pilih Spain, kejap pilih Netherland. apa2 jela...

nak gebang sikit pasal Paul the Octupus pulak. semua lapan game world cup yang Paul predict semua nya betul. dasat. ntah pakai power apela sotong ni. Paul sekarang ni dah jadi selebriti. ramai orang nak kat dia. orang German nk sembelih n makan dia. kalau masak sambal sotong mesti sedap. Itali pulak nak tuntut sotong tu dari German sebab depa cakap sotong tu asalnya dari perairan Itali. bisnesman Sepanyol pulak nak beli sotong tu dengan harga € 30.000 ($ 38.000). macam2 daaa..

tapi lain pulak bagi Sepanyol. diorang anggap sotong Paul ni sebagai ikon. mentang mentang la sotong tu sokong Sepanyol. siap letak gambar sotong kat bendera lagi..




so, apa dah jadi kat sotong Paul sekarang ni? dia mungkin akan menjalani rutin2 hidup hariannya di akuarium hidupan laut di Oberhausen, Jerman. tidak lagi dipaksa untuk memilih makanan dari bekas yang ditutup dengan bendera dan dikelilingi oleh media. dia akan berenang dengan bebasnya dan bermain bersama2 dengan sotong2 yang sama spesis dengan nya kecuali SUTUN..

10 >luahan perasaan:

nisya said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

betol2. buat sambal sotong pun sodap heheeee

Umie Nadhirah said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

Kecuali sutun..HAHA

diraja22 said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

viva espana..

Parkcheek Chun Li said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

sian tol sutun paula tuh....
diperkotak katik kan dlm aquarium....hhehehe

awat hang x pi culik dia???

hiro said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

sotong madu...sodapppppppp

echah mashuri said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

geli nk mkn sutun..huhu

Cik Bucken said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

he's resigned...ohohoho

Nur -al- Ain said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

haishhh.. spain menang senyum sampai hari ni.. huhuuhhhh

xazryx said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

sotong goreng tepung lg sedap .hohoh .

♥cutebabygirl♥ said... [BALAS KOMEN NI CEPAT!!]

haha. sotong pun ley jd artis kn..jeles kite yg manusia ni. haha~ :P

Related Posts with Thumbnails