Showing posts with label rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label rumah sewa. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

rumah baru, life pun baru


Salam Ramadhan!
ni adalah entry pertama aku
kenapa pertama? bukan ke dah banyak entry?
ni entry pertama aku kat rumah baru lah

aku dah berpindah rumah
betol2 belakang fakulti..
senang sikit aku nak pergi kelas.
tak payah dah nak meredah jem



ok tak rumah baru aku ni?


maafkan aku
dah lama tak update blog dan blogwalking
streamyx aku masih dalam proses perpindahan
ni pun aku pakai line wireless UiTM
sampai jugak line ni kat rumah aku..
tapi line lembab macam sipot ba alip ba ya

nuffnang main2 dengan aku??
dan2 la time aku jarang update n blogwalking ni
depa kasi buff pulak
time aku rajin taknak pulak depa bagi buff..
takpe ah..syukur,tengkiu nuffnang!!
kalau korang nampak iklan OSK, Digi dan Lelong
dalam blog ni
jangan ah pulak korang gelabah
tarik nafas perlahan2, relax
dan tekan iklan tu dengan penuh keikhlasan
Selamat Mencuba!!


ayat manis : Mamee Sllrrp aku dah kembang semangkok. nak melantak jap. k ah,chow! credit pic to uncle Google

Saturday, July 31, 2010

berat sama dipikul, ringan??

blog aku dah makin bersawang aku tengok. memang kena pun dengan nama blog ni LAMAN SESAWANG. sejak akhir-akhir ni aku sibuk sangat tolong abang sulong. sampaikan nak update blog pun takda masa. minta maaf semua! 10 jari tangan aku hulurkan sebagai tanda minta maaf. cantik tak jari aku? sori ah jari aku tak cantik. banyak kesan luka dan parut sebab accident moto dulu. tapi alhamdulillah, jari aku cukup 10. tak lebih dan tak kurang.

dah lama aku tak bercerita pasal abang sulung ni. ingatkah lagi anda kat abang sulong? kalau tak ingat dan kepada yang masih belum mengenali abang sulong silalah baca entri amaran abang sulong ni. anda akan tau langit tinggi atau rendah.

susulan daripada amaran yang telah dikeluarkan oleh abang sulong beberapa bulan yang lepas, abang sulong telah mengambil langkah drastik iaitu menganjurkan aktiviti gotong royong perdana keatas penghuni2 rumah sewa yang menyewa bersamanya. disini abang sulong menegaskan, tiada paksaan dan tiada larangan. sapa nak join,join..taknak sudah. abang sulong dah jenuh nak cakap dah. sampaikan ada satu hari tu abang sulong teruk sangat membebel sampai luka2 lidah dan mulutnya kerana kerapkali mengetap dan menggigit bibir menahan kemarahan yang melampau. dalam seminggu, 4 tiub Bonjela telah berjaya dihabiskan oleh abang sulong.

gotong royong bermula seawal 9.30 pagi waktu tempatan. ketika itu hanya abang sulong sorang sahaja yang sibuk bergotong royong. yang lain?? terbongkang. hari minggu kan. dah la pagi tu gempa bumi berukuran 6.1 skala richter kat Sumatera. haram sorang budak rumah pun tak sedar. tidur mampuih.. abang sulong sulong tak kesah pun. dia boleh buat semua sorang2. abang sulong kan banyak pengalaman. apadahal setakat gotong royong je pun..

selepas sejam abang sulong bergotong-royong..muncul lah seorang demi seorang budak2 rumah dari tempat persembunyian mereka iaitu bilik masing2. dengan muka mamai dan tak mandi nya mereka semua seolah2 tahu apa yang hendak dilakukan. ada yang basuh kipas, sapu sampah, cuci toilet, mop lantai, kemas dapur, bersihkan halaman rumah dan macam2 lagi. abang sulong terkejot dengan perubahan tersebut. selalunya budak2 ni nak kena suruh dulu baru buat.

abang sulong terharu dan sedikit sebak sebab dia tak sangka budak2 rumah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan gotong-royong tersebut. sebagai penghargaan, abang sulong belanja budak2 rumah 2 botol 100plus beserta ice cube sebagai pembakar semangat dan pengubat haus ketika gotong royong. abang sulong harap kerjasama dalam memastikan rumah ini sentiasa dan ceria berkekalan sampai bila2. hasilnya.. rumah bersih dalam 2,3 hari je. lepas tu, kotor balik. masing2 amalkan sikap yang berat sama dipikul, yang ringan angkat sendiri lah!! (bila time gotong royong sume sampah dibersihkan, bila hari2 biasa sampah depan mata buat tak tau je).


ayat manis : abang sulong, aku dah tulis pasal kisah kau kat sini. jangan lupa belanja aku pasni,k. aku nak GCB mekdi
Related Posts with Thumbnails