Thursday, October 14, 2010

confidence level

kesinambungan dari entry kecewa yang lepas..

setelah ditangguh berikutan kerosakan air-cond di bilik kuliah, akhirnya sesi presentasi site visit report telah berjaya dilangsungkan pada Selasa lalu di auditorium al-jazari, tingkat 6, FKA.

asal dengar je presentasi mesti rasa macam nak terberak, gugup, berpeluh. itu semua normal. bukannya paranormal.

apabila perkara seumpama ini berlaku macam-macam insiden yang tidak diingini boleh terjadi. contohnya :

salah seorang pembentang telah berkata:

"air yang keruh disebabkan oleh keadaan sekeliling yang tercemar. contohnya aktiviti penambakan laut, pembuangan sampah, aktiviti sedut pasir dan sebagainya."

"apabila air menjadi keruh dan kotor, ikan2 dan hidupan air tidak dapat bergerak bebas kerana mereka tidak dapat melihat dengan jelas."

tiba2 Dr. Ramlah menyampuk.. "hang merepek!!"

si pembentang termenung sejenak..
kelihatan mukanya seperti ikan termenung yang sedang temenung

air keruh, so, ikan tak nampak?? kemudian mereka akan berlaga sesama sendiri??

langsung tak saintifik. apatah lagi engineering...

habis semua keluar ayat merapu. ni semua gara2 "lack of confidence level"


ayat manis : orang Malaysia gaduh sebab bola. orang barat tepuk tangan..

Saturday, October 9, 2010

kecewa

apa makna kecewa?

- frust menonggeng
- sesal atas apa yang berlaku
- bebal dengan diri sendiri
- tak dapat apa yang dihajati
- merasa diri tak berharga (???)
- rasa nak terjun dari tingkat 10 (tak digalakkan!)

malam semalam aku tak tidur gara2 nak siapkan report n slide site visit
pagi tadi datang kelas dengan muka mengantuk dan lemah longlai
tapi cukup bersedia dan bersemangat untuk mem'present' kan report
sekali tiba2 "Dr Ramlah" masok kelas dan berkata

"Presentation postpone minggu depan ye, kelas hari ni dibatalkan.
aircond kat bilik kuliah rosak."

Grrrrrrrr!!!
sorang2 budak kelas cebik muka
muka yang putih gebu bertukar menjadi kehijauan HULK
yang gelap2 hitam manis bertukar menjadi coklat keperangan blonde

inikah yang dinamakan KECEWA?

ayat manis : layan lagu KECEWA jap dari BCL

Sunday, October 3, 2010

rokok naik harga lagi

alhamdulillah.. rokok naik harga. dari RM9.30 ke RM10. naik 70sen. banyak gak tuh. kalau kat kampung aku, 70sen ni dah boleh beli nasi lemak sebungkus. ni dah jadi rutin tahunan kerajaan. tiap2 tahun harga rokok mesti naik. tak pernah2 turun. konon2 nak suruh orang berhenti merokok. tapi 'smokers' tetap bertambah. paling ketara 'smokers' perempuan semakin hari semakin ramai. asal aku lepak 'mapley' je komfem nampak gurls2 yang bajet "hot" hisap rokok. aku tak paham apa yang depa nak tunjuk sebenarnya. nak kata depa nak tunjuk cool n macho tak jugak. muka dah cun tapi gigi kuning gara2 tar rokok melekat kat celah2 gigi. serius aku menyampah tengok pompuan hisap rokok.

aku nak nasihatkan kepada 'smokers' semua termasuk lah diri aku- STOP SMOKING NOW!! dengan duit RM10 tu bukannya korang kenyang pun makan rokok. lagi merosakkan kesehatan. baik korang beli piza ke pe. berbaloi gak. sedap. kenyang. cuba hayati gambar kat bawah ni....



baik korang belanja aku makan. kan? kan?


ayat manis : lepas ni mesti ramai cari rokok murah a.k.a rokok seludup. tak pun rokok gulong. budak2 kat rumah aku ni dah stat layan gulong dah.
Related Posts with Thumbnails