Showing posts with label sunway lagoon. Show all posts
Showing posts with label sunway lagoon. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Sunway Lagoon dan Flaming Steamboat


bro Darkbatman buat entry Sunway Lagoon.. aku pun nak buat jugak.haha

setelah sekian lama aku peram tiket free yang aku dapat hasil dari kemenangan contest akhirnya sabtu lepas aku berjaya jugak meluangkan sedikit masa untuk menggunakan tiket free ni sebab dah nak due date. sebenarnya dah lama dapat tiket ni tapi tak berkesempatan lagi nak pergi sebab sebok sangat dan saja2 buat2 sebok.

aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku main air kat Sunway Lagoon ni. rasanya kali terakhir time skolah rendah dulu. memang agak lama. bila dapat tiket free ni rasa teruja sangat n aku tengok dah macam2 benda baru n improvement kat Sunway Lagoon ni..

masok je Sunway Lagoon water park, of course jejaka2 macam aku ni mesti mata jadi bulat radius berskala pat ploh inci. tak pun mata hampir2 nak tersembul keluar. sebab mat saleh/minah saleh berpakaian @#%$%. aku malas nak elaborate panjang2. korang paham2 lah sendiri.

yang aku kesalkan, aku dapat tiket 3park, tapi malangnya aku sempat main 1 saja iaitu water park. lagi 2 park (amusement park n wildlife park) aku tak sempat nak main sebab seronok sangat main air. bila nak pergi lagi 2 park tu tengok2 dah tutup sebab depa tutop pukol 6. haish..rugi beb!! takpe, naseb baik tiket free.

aku malas nak upload gambar aku pakai cawat kat Sunway Lagoon.. 18sx
tak pasal2 nanti jadi hot story pulak
ni je yang aku dapat share..



itik ni tak pakai rexona ke?


of course lepas mandi manda mesti rasa lapar. ye dak?? tiba2 perut aku rasa macam mengidam nak makan makanan hidupan laut. dan secara tak sengaja aku tersinggah kat Flaming Steamboat yang terletak betol2 sebelah Sunway Lagoon.

konsep restoran = buffet. makan sampai kembong
(korang boleh amek banyak mana yang korang suka n masak sendiri)
harga = RM22/person

masa yang diperlukan oleh aku untuk memenuhkan 'tank' perot = 3jam (7pm-10pm)

kerusi pun dah panas duduk lama2.


masak sendiri lah! eh, rebus


macam ni ke 2 orang makan?


gambar macam 10 orang makan. padahal 2 orang je. gila pelahap!
nak tahu lebih lanjut pasal flamming ni sila ke



ayat manis : nak pergi flamming jangan lupa ajak aku..

Friday, June 18, 2010

nak tiket sunway lagoon??

ni haa..aku nak bagitau kat korang sume. sapa2 yang tak pernah masok sunway lagoon lagi dan nak merasa main air elok lah join kontest ni sebab depa nak bagi tiket masok ke sunway lagoon kat sapa yang menang contest ni. buleh la korang sume main air, main game, masok rumah antu dan banyak lagi.

senang je cara dia. mula2 korang kena daftar sebagai ahli Sunway World Club. daftar free je. tak rugi pun. malah korang dapat macam2. baru2 ni besday aku dapat voucher men ice skating RM5 dari diorang. best2!! main ice skating cuma bayar 5hengget je. kalau normal price dalam belas2 hengget. so,dapatla merasa men ice skating cam kt obersea..

ni haaa game dia..



sila klik SINI kalau nak main game tu dan nak dapat tiket Sunway Lagoon.
mula2 kena main game dia..xsusah pun. kena tembak terminator je sampai sume mampos.

dan ini hadiahnya..


haa..apa lagi yang korang tunggu. cepat main game ni sebab tarikh tutop dia 21 June 2010..
Related Posts with Thumbnails