Monday, May 31, 2010

konvoi misi bantuan ke Gaza diserang

nauzubillah..sesungguhnya yahudi dan zionis adalah pengganas!
terkejut dan geram aku bila dapat tau kapal bantuan misi kemanusian kena serang. mengong la Israel ni. diorang xbawak senjata pun. depa bawak makanan ngn ubat2an.

pagi tadi kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan telah diserang oleh askar laut Israel.

seramai 16 orang terbunuh, 30 orang cedera...

masa kejadian tu kira-kira 540 orang berada dalam kapal Mavi Marmara. mereka terdiri daripada ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

menurut BERNAMA 2 orang wakil media dari Astro Awani yang berada dalam kapal Mavi Marmara tersebut tidak dapat dihubungi dan tidak diketahui nasib mereka sehingga kini. 6 orang lagi sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat kerana mereka menaiki sebuah lagi kapal "Rachel Corrie".


info tentang konvoi LIFELINE 4 GAZA:
  • 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean.
  • konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH).
  • konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan.
  • tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri.

perkembangan terkini:
  • laporan tak rasmi mengatakan 16 org terbunuh.
  • media israel dakwa 20 org maut.
  • kejadian berlaku 65km dari pantai Gaza.
  • serangan helikopter berlaku 4.30pg (wktu tmptn) 10.30 pg (wktu Malaysia).
  • semua kapal ubah haluan ke Haifa.

video yang mengatakan askar Israel tengah nak bagi warning kat kapal Mavi Marmara. >>>


crew kapal Mavi Marmara cakap "negative! our destination is Gaza!"..cayalah!


ketika serangan di atas kapal >>




ayat manis : marilah kita sama2 mengutuk tindakan kejam rejim Zionis ni dan doakan kesejahteraan sukarelawan yang terlibat supaya dapat kembali ke tanah air dengan selamat.amin

Saturday, May 29, 2010

dilema


argghhh!! pening kepala + serabot.
hasilnya = aku dilema!
korang paham tak apa itu dilema?

menurut
Kamus Dewan Edisi Ke-4


DILEMA :
(diléma) keadaan yg menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua al­ternatif (benda, orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan serba salah: ini kerana Soviet Rusia sendiri kini berada dlm ~ berkaitan dgn pelibatannya di Afghanistan.


wahh!! hari ini kita dapat belajar satu ayat baru ye adik2..

sekarang dah faham kan apa itu dilema.

aku sebenarnya tengah dilema (bukan dilamar!)

so,aku dedicate video ni kat diri aku sendiri n kat sapa2 la yang tengah ada problem dan otak dia tak dapat berfungsi dengan sepenuhnya buat masa sekarang.

diharap apabila selesai menonton video ni akan dapat melincirkan perjalanan darah anda dan mengetatkan kembali skru2 yang telah longgar di sekitar kawasan medula ablongata.layann~~






ayat manis : bila tengok video ni aku rasa senang dan tak ingat masalah dah.

Thursday, May 27, 2010

baby umur 2 tahun ketagih rokok





ihsan : The Sun

salah sapa ni?? jangan salahkan ibu mengandong, salahkan bapak!

budak ni nama dia Ardi Rizal. dok kat Musi Banyuasin, Indonesia. umur dia baru 2tahun. masih mentah lagi beb. baligh pun belom lagi. suara pun belum garau lagi. halkum?? takde lagi..

sume nye bermula masa Ardi umur 18bulan. bapak dia-Mohammed, 30thn, bagi dia isap test sepam dua. bapak dia bagi saja2 je. lame2 udah gian plak budak tu..skrg ni isap 40batang sehari!!wtf man!

mak dia-Diana,26thn cakap Ardi ni dah tahap 'heavy smoker'. kalau dia tak dapat rokok dia akan mengamok dan hantuk pala kat dinding. astaga..

dalam sehari parent dia akan belanja £3.78 untuk rokok bagi kat Ardi. bapak dia cakap bapak dia tak rase pape pun sebab dia tengok Ardi tu sehat je.

lol,memangle sekarang ni sehat. nanti lama2 rosak le paru2 budak tu..





ayat manis : mak bapak bagi budak2 minum susu.bukan rokok!
Related Posts with Thumbnails