Friday, December 17, 2010

aku masih hidup!!

dah lama rasanya tak update. aku sangat bz dari bulan 10 lagi. final exam, kerja dan macam2 lah.. terima kasih kepada yang sudi blogwalking kat blog aku walaupun aku tak update. mesti korang ingat aku ni dah tak wujud dalam dunia blogsphere yang tidak berpenghujung ni.

berikut adalah 2 sebab aku dah lama tak update blog

1) Final exam

semasa musim final exam, aku sangat malas nak update. aku tumpukan seketika pada pelajaran. alhamdulillah.. berkat usaha dan rezeki anak2 (anak2??), akhirnya result aku ok. walaupun tak dapat 4 flat, tetapi aku berbangga dan bersyukur dengan result yang aku perolehi.. menurut kawan aku, katanya 4 flat ni hanyalah untuk mereka yang tinggal di rumah flat. demm, patotla aku tak dapat 4 flat sebab rupa-rupanya aku dok sewa umah teres.

2) Istiadat Konvokesyen ke-73 UiTM

semasa cuti semester aku berpeluang menjadi urusetia konvokesyen. pengalaman yang menyeronokkan. seronok dan terharu melihat ramai ibu bapa yang datang dari jauh demi melihat anak mereka menggenggam segulung ijazah/diploma. ada satu hari tu yang paling menyentuh hati aku apabila melihat seorang bapa yang pakaian nya lusuh datang membawa bungkusan hadiah yang telah dibalut menggunakan pembalut hadiah. sedangkan ketika itu aku melihat hampir semua bapa yang hadir mengenakan baju batik sambil memegang bunga segar untuk diberi kepada anak mereka apabila keluar dari dewan nanti. aku termenung sejenak.. rasa sayu pun ada. aku pikir, orang tua tersebut mesti dari golongan yang susah dan tidak mampu untuk memberi bunga yang biasanya diberikan kepada para graduan apabila konvokesyen. memang mahal pun bunga2 segar tu.. sejambak yang paling murah pun dalam RM30 lebih. baik kau beli makanan lagi bagus. kenyang. beli bunga esok lusa dah layu. ye dakk??




mesej yang cuba disampaikan :
hargailah pengorbanan mak bapak anda yang telah banyak bersusah payah membesarkan anda sehingga ke menara gading. (sila baca bersama2 background lagu Menuju Puncak..oyeahh!!)

paling best aku dapat tengok macam2 gelagat graduan lepas terima skrol. ada yang menjerit, ada yang terjatuh tangga dan macam2 lagi.. nak tengok cerita pasal konvo bleh tengok kat blog En. Fitri dari Gedung Rasa .. dia pun urusetia jugakk.

ayat manis : kenapa manusia cepat berubah bila masok MLM? kawan yang tak pernah ajak lepak tiba2 nak ajak lepak..

Thursday, November 11, 2010

iklan Cadbury (Omputeh vs Melayu)

korang buleh tak buat macam ni??
aku dah try banyak kali..
tapi still lagi tak buleh nak celen budak2 nii
bila aku try rasa macam nak tercabut kening..





cayalah budak2 ni!!
macam iklan Cadbury omputeh..

Monday, November 1, 2010

tips-tips meniru dalam perperiksaan

sekarang musim exam..
maapkan aku kalau ada salah silap kat hangpa semua..
doakan aku berjaya menjawab semua paper tersebut..
sekarang aku tak sempat nak update apa2 kat blog aku..
nak fokus kat final exam..haha (fokus la sgt konon2!!)ceh!


1/11 - Further Differential Equation (MAT580)
4/11 - Water Engineering (ECW522)
9/11 - Highway and Traffic Engineering (ECG504)
14/11 - Solid Waste Management (ECW532)


kalau aku rajin aku blogwalk kat blog hangpa semua,ok

tajuk takda kena mengena dengan entry..
sat lagi aku bagi tips tu kang kalau kantoi hangpa salahkan aku pulak..heh

ayat manis : gudluck untuk semua yang mengahadapi peperiksaan akhir.semoga berjaya!!

Related Posts with Thumbnails