Sunday, August 29, 2010

ugutan!!

"kau kurang ajar dengan aku kan? kau tunggu sini!! aku nak pergi panggil geng2 aku kejap. siap lah kau!! aku panggil satu kampung turun!!" ujar si gangster tersebut kepada aku.

aku sedikit terkesima sambil terharu. nak panggil2 lah. jap lagi aku panggil geng aku pulak datang sini.

si mamat rambut kerinting a.k.a BFF aku lantas mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor 999 di skrin sesentuh telefon bimbitnya.

"Hello, ada pergaduhan di sini..no...,jalan .....,Selangor. minta bantuan dari pihak Polis."

selang beberapa minit kemudian, 2 kereta peronda Polis dan 2 bijik scrambler Polis tiba di tempat kejadian

tapi malangnya si pengugut tersebut telah melarikan diri.

nampak sangat yang ugut tu pengecut..kalau berani n gentle pehal nak panggil geng pulak. one by one lah

aku ingat benda ni boleh setel cara baik. tapi bila dah start mengugut n mengancam nyawa aku, aku pun terpaksa panggil geng aku iaitu pihak Polis..

baru tau takot.. kalau di pihak benar pehal nak lari..

negara kita ada undang2. jangan ingat buat jahat boleh terlepas macam tu je



ayat manis : ramai orang cakap kalau orang Melayu buat jahat memang takkan lama. kejap je. tak lama pastu kantoi ah..

Friday, August 27, 2010

minah tudung

dunia dah nak kiamat..
ni lah salah satu tandanya..
agama sendiri boleh buat main2..




kalau agama lain tengok kita macam ni
depa senyum je..
sambil hisap curut niger dan berkata "Good!"


ayat manis : jangan sampai dah ditimpa bala baru nak cari sejadah letak kat mana.

Sunday, August 22, 2010

facebook diharamkan??




aishhh...apa nih?

dah kena block

tak boleh bukak Facebook time opis hour??

lepas opis hour tu baru lah buleh bukak??

inilah yang terjadi bila bukak Facebook menggunakan line wireless UiTM

UiTM mengharamkan penggunaan Facebook kepada student dan staf

jam 8pg-5ptg (Monday-Friday) sahaja!


ayat manis : student kena belajar rajin2 dan staf jangan leka dan malas buat kerja. jangan nak dok seronok sangat main Facebook tu..dunia oh dunia

Thursday, August 19, 2010

rumah baru, life pun baru


Salam Ramadhan!
ni adalah entry pertama aku
kenapa pertama? bukan ke dah banyak entry?
ni entry pertama aku kat rumah baru lah

aku dah berpindah rumah
betol2 belakang fakulti..
senang sikit aku nak pergi kelas.
tak payah dah nak meredah jem



ok tak rumah baru aku ni?


maafkan aku
dah lama tak update blog dan blogwalking
streamyx aku masih dalam proses perpindahan
ni pun aku pakai line wireless UiTM
sampai jugak line ni kat rumah aku..
tapi line lembab macam sipot ba alip ba ya

nuffnang main2 dengan aku??
dan2 la time aku jarang update n blogwalking ni
depa kasi buff pulak
time aku rajin taknak pulak depa bagi buff..
takpe ah..syukur,tengkiu nuffnang!!
kalau korang nampak iklan OSK, Digi dan Lelong
dalam blog ni
jangan ah pulak korang gelabah
tarik nafas perlahan2, relax
dan tekan iklan tu dengan penuh keikhlasan
Selamat Mencuba!!


ayat manis : Mamee Sllrrp aku dah kembang semangkok. nak melantak jap. k ah,chow! credit pic to uncle Google

Saturday, August 14, 2010

hadiah puasa

bila masuk bulan puasa ramai yang wish Selamat Berpuasa la, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan la, selamat bla bla bla... kenapa tak da pun yang wish Selamat Menahan Nafsu Selama Sebulan?? kan jelas ayat tu

masok 1 Ramadhan ramai yang wish kat aku Selamat Berpuasa. of course la aku balas.. "Selamat Berpuasa" jugak. takkan la aku nak balas "Selamat Hari Raya" kot. dalam banyak2 wish tu ada satu wish yang paling istimewa aku dapat.. apa yang istimewa ha?? aku dapat Toyota Wish ke?

yang istimewa nya wish puasa tu sebab disertakan dengan hadiah. ada ke orang bagi hadiah sempena bulan puasa?? jarang sangat...

bila dapat hadiah ni mood dia lain sikit. tak sama dengan kau beli sendiri barang tu.. walaupun benda tu kau boleh beli sendiri dengan duit kau, tapi bila orang bagi, kau akan rasa yang diri kau ni dihargai satuuu Malaysia..



kenapa ada lambang love?



sangat bermakna hadiah ni..
so tak payah la aku nak beli kurma dah
cukup untuk menampung keperluan sahur dan berbuka aku..
tengkiu so much Cik Norpaten!!


ayat manis : kalau yang 'urban' sket dan tak makan kurma tu apa kata korang hadiah kan Mamee Sllrrrp. buleh jugak buat berbuka dan sahur.lagipun jimat kos.

Sunday, August 8, 2010

lagi berapi, panas!!

entry ni aku buat khas sebagai sambungan kepada entry berapi, panas!! bulan lepas. sebab ramai yang tak puas hati benda tu tak berapa nak berapi.

kalau kau tak puas hati yang Mamee Sllrrrp Kari Berapi tu tak berapa nak berapi elok lah kau try Mamee Sllrrrp Kari Xtra Pedas pulak..

kalau tak cukup berapi lagi kau try letak cabai burung banyak2..

kalau mulut korang keluar api lepas makan mamee sllrrrp + cabai burung tu tandanya dah mencapai tahap kepedasan yang maksimum lah tu.

bulan puasa dah nak dekat.. harap2 tak ada yang masak Mamee Sllrrrp di siang hari pada bulan puasa..

Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.


ayat manis : "puasa..jangan tak puasa!!" (aku selalu dengar ayat ni masa kecik2 dulu)

Thursday, August 5, 2010

ibu dan Facebook

ibu2 zaman sekarang dah tak macam dulu. kalau dulu para2 ibu sibuk menguruskan hal rumah tangga dan menguruskan hal anak2 nya. tak lupa juga membantu sedikit sebanyak tugas suami. ibu2 sekarang kebanyakannya sibuk dengan kerja, shoping dan macam2 lagi. sekarang zaman moden. macam2 ada. facebook,twitter,blog dan macam2 lagi.. aku dengar cerita dah ramai sangat para ibu ketagih dengan facebook. sampaikan anak mereka terbiar. tak percaya?? tengok lah video kat bawah ni.. kesian budak ni. SILA DENGAR LUAHAN PERASAAN BUDAK NI KALAU ANDA PRIHATIN.





IBU DAN FACEBOOK

Ibu
Facebook
Hubungannya erat sekali.

Setiap hari,
sehabis mandi
selesai makan
Sehabis apapun…

Dalam hatiku,
aku berpikir
mau kemana gerangankah ia.

Notebook!!

Tapi apa yang selalu ia lihat di notebook
Facebook!!

Setiap hari, tawanya menggema

Sampai kapankah
hubungan erat antara Ibu dan Facebook
Mungkin sampai akhir hayatnya.

Notebooknya akan dibawanya…
ke syurga


ayat manis : video ni dah lama. kalau ada yang dah tengok tu baik korang tengok lagi sekali. budak tu comel kot. pandai budak ni buat puisi lawak!
Related Posts with Thumbnails