Saturday, July 31, 2010

berat sama dipikul, ringan??

blog aku dah makin bersawang aku tengok. memang kena pun dengan nama blog ni LAMAN SESAWANG. sejak akhir-akhir ni aku sibuk sangat tolong abang sulong. sampaikan nak update blog pun takda masa. minta maaf semua! 10 jari tangan aku hulurkan sebagai tanda minta maaf. cantik tak jari aku? sori ah jari aku tak cantik. banyak kesan luka dan parut sebab accident moto dulu. tapi alhamdulillah, jari aku cukup 10. tak lebih dan tak kurang.

dah lama aku tak bercerita pasal abang sulung ni. ingatkah lagi anda kat abang sulong? kalau tak ingat dan kepada yang masih belum mengenali abang sulong silalah baca entri amaran abang sulong ni. anda akan tau langit tinggi atau rendah.

susulan daripada amaran yang telah dikeluarkan oleh abang sulong beberapa bulan yang lepas, abang sulong telah mengambil langkah drastik iaitu menganjurkan aktiviti gotong royong perdana keatas penghuni2 rumah sewa yang menyewa bersamanya. disini abang sulong menegaskan, tiada paksaan dan tiada larangan. sapa nak join,join..taknak sudah. abang sulong dah jenuh nak cakap dah. sampaikan ada satu hari tu abang sulong teruk sangat membebel sampai luka2 lidah dan mulutnya kerana kerapkali mengetap dan menggigit bibir menahan kemarahan yang melampau. dalam seminggu, 4 tiub Bonjela telah berjaya dihabiskan oleh abang sulong.

gotong royong bermula seawal 9.30 pagi waktu tempatan. ketika itu hanya abang sulong sorang sahaja yang sibuk bergotong royong. yang lain?? terbongkang. hari minggu kan. dah la pagi tu gempa bumi berukuran 6.1 skala richter kat Sumatera. haram sorang budak rumah pun tak sedar. tidur mampuih.. abang sulong sulong tak kesah pun. dia boleh buat semua sorang2. abang sulong kan banyak pengalaman. apadahal setakat gotong royong je pun..

selepas sejam abang sulong bergotong-royong..muncul lah seorang demi seorang budak2 rumah dari tempat persembunyian mereka iaitu bilik masing2. dengan muka mamai dan tak mandi nya mereka semua seolah2 tahu apa yang hendak dilakukan. ada yang basuh kipas, sapu sampah, cuci toilet, mop lantai, kemas dapur, bersihkan halaman rumah dan macam2 lagi. abang sulong terkejot dengan perubahan tersebut. selalunya budak2 ni nak kena suruh dulu baru buat.

abang sulong terharu dan sedikit sebak sebab dia tak sangka budak2 rumah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan gotong-royong tersebut. sebagai penghargaan, abang sulong belanja budak2 rumah 2 botol 100plus beserta ice cube sebagai pembakar semangat dan pengubat haus ketika gotong royong. abang sulong harap kerjasama dalam memastikan rumah ini sentiasa dan ceria berkekalan sampai bila2. hasilnya.. rumah bersih dalam 2,3 hari je. lepas tu, kotor balik. masing2 amalkan sikap yang berat sama dipikul, yang ringan angkat sendiri lah!! (bila time gotong royong sume sampah dibersihkan, bila hari2 biasa sampah depan mata buat tak tau je).


ayat manis : abang sulong, aku dah tulis pasal kisah kau kat sini. jangan lupa belanja aku pasni,k. aku nak GCB mekdi

Saturday, July 24, 2010

berapi, panas!!!

tengah malam semalam masa aku tengah belog walking taktau la kenapa aku sangat lapar. padahal siang aku dah makan nasi. sebelah malam pulak aku dah bantai 2 bungkus kotiaw kerang. aku syak kadar metabolisme perot aku ni semakin cepat memproses. cepat je lapar. badan tak gemok2 jugak. so, tak tahan dengan emosi kelaparan yang membuak2 aku pun jenguk lah kat dapor. tiba2 keluar idea nak masak megi ala2 hell kitchen. sangat rare beb. aku rasa macam tak rare pun.ni lah bahan-bahannya..



KARI + API


maka terciptalah




KARI + API = Mamee Sllrrrp KARI BERAPI


nak sedap sket letak telur.
stok telur kat umah aku dah abeh.
budak2 umah aku kuat makan telur.
gara2 nak badan jadi ketul2 macam Sazaly Samad.

berpeloh2 aku melantak mamee kari berapi neh. serius berapi! naseb baik bomba tak datang rumah aku sembur fire estinguisher macam kat dalam iklan mamee kari berapi tuh.

ayat manis : pic credit to uncle Gopal a.k.a Google. pesanan penaja "usah biarkan megi anda kembang semangkok, kerana ia menyusahkan anda".

Thursday, July 22, 2010

LENSA BURUK, THE CONTEST : Uncle dan Basikalnya

ni percubaan pertama aku masok kontest yang mempertaruhkan gambar. bukan kontest fotogedik sebab aku tak reti nak bergambar gedik. aku join contest ni sebab nak share gambar ni. kalau menang nanti boleh aku belanja adik2 aku Happy Meal Mekdi.





Tajuk foto :
Uncle dan Basikalnya.

Model Telefon Bimbit :
Sony Ericsson W660i

Slogan :
Saya suka blog Lensa Buruk kerana saya suka header blog dia.cantik..
dan cara dia memegang DSLR dalam gambar header itu seolah2
seperti hendak menangkap gambar saya. auwwww!!
Entry2 nya juga menarik, satu gambar boleh
menceritakan seribu perkataan.


Tag lima rakan :



nak join?? klik sini


ayat manis : aku snap gambar ni masa aku study kat Penang dulu. gambar asal kabur sket sebab gelap n tangkap waktu subuh masa kat dalam feri. aku terpaksa increase kan brightness n contrass nye sket nak bagi clear. selamba badak je uncle ni paking basikal dia kat petak kereta. pastu dok belakang basikal, tidur! style sunggoh uncle ni..

Monday, July 19, 2010

khas untuk PEREMPUAN

terbeliak bijik mata aku bila tengok gambar kat bawah ni. nyaris-nyaris 3cm nak tekeluar bijik mata aku dari soket mata. kepada laki-laki, aku syorkan korang tatap gambar ketiga-tiga awek kat bawah tu dulu puas2 dengan penuh nafsu. rezeki tuh. lepas tu baru kau baca ayat kat bawahnya. nescaya kau akan insap




ayat manis : aku jumpa poster ni masa aku jalan2 nak pegi kelas kat fakulti. aku rasa aku patot share benda ni sebab hari2 aku kena gangguan seksual macam ni..uaarrghhh!! tak manis lah kalau kau pakai tudung tapi benda lain terjojol.. hilang kemanisan itooo. bak kata omputeh celop "tak sweet lah!!"

Friday, July 16, 2010

lagu tiga kupang, minyak naik lagi

malam ni mesti ramai buat enrty pasal harga minyak naik. tak kurang jugak mesti ada insan2 yang naik minyak. patotlah petang tadi lepas aku balek dari kelas, aku singgah PETRONAS jap nak isi minyak. tengok2 sume pam penuh. rupanya diorang dah tau yang minyak nak naik harga. aku tak tau pun. tapi meter minyak aku tadi dah merah. macam dah bagi hint suh isi full tank. ceh, harga minyak nak naik 5sen stat tengah malam ni rupanya..

tu diaa harga baru minyak, gula dan gas.

1) Petrol RON 95 - RM1.85 seliter. (naik 5sen)
2) Diesel - RM1.75 seliter. (naik 5sen)
3) Gula - RM1.70 sekilogram (naik 25sen)
4) Gas LPG - RM1.85 sekilogram (naik 10sen)

ni pulak harga baru gas masak

1) Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
2) Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
3) Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

5sen?? apadahal beb..(ayat orang kaya sambil hisap curut niger). 5sen tu kalau kau darab 10 dah jadi 50sen. woh, 50sen boleh beli jajan tuh. tak pun kau tambah lagi 2 kupang dah dapat Dunhill sebatang ye dak?

sebot pasal harga naik ni tiba2 aku teringat pasal kes aku minum ais kosong yang berharga 60sen segelas. harga biasa bagi ais kosong segelas 20sen je. harga gula naik takkan harga ais kosong pun naik? buat ais kosong pakai gula ke? aku suspek kedai tu pakai penapis air Bio Aura kot. aku terkena. pasni aku takmau order ais kosong dah kat kedai tu. baik aku order air berkaler2. berbaloi jugak kalau bayar mahal sebab air tu ada kaler.

ayat manis : lagu tiga kupang,minyak naik lagi~~lalalalala. lagu ringtone henpon housemate aku.

Wednesday, July 14, 2010

Paul si Sotong dan Final World Cup

sabtu lepas aku tak dapat datang gathering Gengblogger. mintak maaf banyak2. bukan aku saja taknak pegi. aku ada alasan kukuh. pada hari tu aku terpaksa bertolak ke Port Dickson sebab menghadiri reunion budak2 Civil yang sekuliah dengan aku masa diploma dulu. trip dan reunion tersebot memang best!! kepada En Benny, thanks sebab organize reunion yang sangat seronok dan menerujakan itu. bbq daging yang aku panggang malam tu memang sedap kan En Benny.. agagagagaga.

korang tengok tak final world cup haritu? aku tak melepaskan peluang ni. 4tahun sekali beb. balik2 dari PD sampai rumah dah dekat 11 malam. lepas tu siap2 terus gerak pergi I-City. gila semangat! tak ingat penat langsung. dah sampai I-City, jalan jem teruk. ramai gila manusia. Hot FM siap bagi duit kat sapa2 yang tengok bola pakai kain pelekat or kain batik pada malam tu.. menarik! yang paling best depa dok baling2 bola Jabulani. banyak pulak tu. sapa dapat sambut dia lah dapat. aku tak dapat sebab ramai sangat berebut. kang kalau aku masok takot patah riuk pulak berebot semata-mata sebab nak bola free.

kat I-city tu siap ada pulak sotong macam Paul tu. diorang cakap sotong tu didatangkan khas dari Sekinchan. bukan Jerman,ok. siap letak dalam akuarium pastu letak bekas bendera Spain dengan Netherland lagi. kesian aku tengok sotong tu macam tak tentu hala je. kejap pilih Spain, kejap pilih Netherland. apa2 jela...

nak gebang sikit pasal Paul the Octupus pulak. semua lapan game world cup yang Paul predict semua nya betul. dasat. ntah pakai power apela sotong ni. Paul sekarang ni dah jadi selebriti. ramai orang nak kat dia. orang German nk sembelih n makan dia. kalau masak sambal sotong mesti sedap. Itali pulak nak tuntut sotong tu dari German sebab depa cakap sotong tu asalnya dari perairan Itali. bisnesman Sepanyol pulak nak beli sotong tu dengan harga € 30.000 ($ 38.000). macam2 daaa..

tapi lain pulak bagi Sepanyol. diorang anggap sotong Paul ni sebagai ikon. mentang mentang la sotong tu sokong Sepanyol. siap letak gambar sotong kat bendera lagi..




so, apa dah jadi kat sotong Paul sekarang ni? dia mungkin akan menjalani rutin2 hidup hariannya di akuarium hidupan laut di Oberhausen, Jerman. tidak lagi dipaksa untuk memilih makanan dari bekas yang ditutup dengan bendera dan dikelilingi oleh media. dia akan berenang dengan bebasnya dan bermain bersama2 dengan sotong2 yang sama spesis dengan nya kecuali SUTUN..

Friday, July 9, 2010

saya menang tiket Sunway Lagoon!!

alhamdulillah..rezeki aku menang contest semakin bertambah. thank God. kepada readers2 sume masih ingatkah lagi anda kat entry sunway lagoon nak bagi tiket free yang aku pernah tulis bulan lepas? ini lah dia hasil nya. tak sia2 aku kumpol vote. thanks juga kepada sapa2 yang dah vote untuk aku..



dah lama betol aku tak pergi Sunway Lagoon. tak sabar nak basahkan badan dan main renjis2 air kat sana pastu nak main game2 yang best. thanks Sunway Lagoon!!

ayat manis : aku masih menunggu luck untuk menang MTV Worldstage tiket. gila susah syal. kalau ada sapa2 nak bagi tiket tu meh sini..woh!

Thursday, July 8, 2010

punca kekalahan Jerman

semalam Jerman lawan Spain. separuh akhir World Cup 2010. Jerman kalah 1-0 kepada Spain. hebat betol bomoh sotong a.k.a Paul tu predict game. pasni makin ramai la nak mintak no ekor kat sotong tu. khurafat!!

aku bukan nak review pasal game tu mahupun letak gambar banyak2 pasal game semalam. sekadar nak story sket pasal bad habit coach Jerman, Joachim Low tuh. aku macam tak percaya bila tengok video nih. tapi bila aku tengok 2,3 kali aku rasa video ni bukan tipu. real punya, tak dak edit2 or superimpose ke hape. jom layan.. zassss!! (sebot macam tagline melodi tuh ~~zassss!)





ok,dah tengok? memalukan sungguh kan. kalau aku jadi member dia sumpah aku tak ngaku kawan. korek idong kat khalayak ramai pulak tu. satu dunia dapat tengok. korek idong, gentel2 dan makan! sedap ke taik hidung tuh? rasa ape weh? oren? stoberi? nenas? aku dengar cite makan taik hidung boleh meningkatkan sistem imun? betol ke? tak sanggup lah aku nak makan taik idong. kalau aku makan pun aku rasa aku muntah balik kot.

lagi satu pelik, best ke pegang ketiak sendiri pastu cium? aku suspek coach german nih pakai deodorant Axe. baunya sedap. tu pasal dia suka cium. eh,tak pun bau ketiak dia memberi inspirasi kepada dia untuk mengatur strategi dalam perlawanan. korang pun ada habbit yang sama tak macam ni? let me know. meh sini aku fire!! ahahahahaha..

Monday, July 5, 2010

semester baru dan mood baru

hari ini bermulalah semester baru. seperti biasa aku gerak pergi kelas sorang-sorang. lone ranger sebab budak rumah aku takde sorang pun yang sama kelas dengan aku. best apa layan kepala sorang2. pagi tadi aku bangun awal macam bersemangat nak ke kelas. padahal sebab kena hantar si Fatin ni pergi kerja dulu.

macam biasa..pintu masok UiTM Shah Alam sesak. nak masok aku tengok dah macam kambing masok kandang. sangat berpusu-pusu. aku syak UiTM bertambah sesak sebab diorang dah buat palang automatik kat parking2 fakulti. hanya staf sahaja dibenarkan parking kat depan fakulti tuh. student2 yang bawak kereta saket lah korang. terpaksa parking jauh2 kat tempat yang dibenarkan. tu pasal aku prefer bawak moto je kalau nak pergi kelas. boleh main cilok2. kalau lambat pun tak ada masalah. tak payah nak meredah jem.

kelas pertama kelas Highway and Traffic Engineering. lecturer ok. tapi strict gila. datang lambat 5minit kena sign attendant kat kertas lain. hoh,agak kejam jugak lah. macam diskriminasi pun ada. baru kelas yang pertama dia dah bantai lecture. nak kasi refresh la kunun2 nya apa yang kitorang dah belajar waktu diploma dulu. aku ni pulak ntah nape dok syok layan kesejukan air cond kat dalam bilik kuliah tu, bantai tidur..

lepas tu kelas Research Methodology. aku suka kelas ni sebab dia combine 3 group skali. so ada lebih kurang 90 orang dan buat kat dalam dewan kuliah. suasana meriah. sebab ramai. awek2 pun ramai.dapatlah cuci mata sepam dua.

lecturer tu stat bagi intro pasal subjek ni je teros skali lagi aku tertidur. aku ni profesional sikit sebab tidur dalam keadaan duduk. tak lentok kepala kat meja pun mahupun tersenggok2. cuma mata je pejam. tu pasal aku jarang kantoi kalau tido dalam kelas.

kelas yang terakhir untuk hari tu ialah kelas Further Calculus for Engineer. aku cukup tak berkenan dengan calculus ni sebab paper ni la yang paling aku lemah sepanjang aku study Engineering. aku anggap subjek ni subjek killer bagi aku sebab aku sebenarnya tak pandai sangat Matematik. dulu masa kat sekolah aku paling menyampah dengan subjek ni. aku rasa sebab cikgu yang ajar aku tu dulu kuat lempang budak. sapa tak reti jawab je kena lempang! aku penah kena baling marker sebab tidur dalam kelas dia. bila dah masuk U terpaksa la jugak belajar Matematik ni sebab bersangkut paut dengan Engineering.

dalam kelas lecture Further Calculus tu sekali lagi aku tertidur masa lecturer tu bagi briefing sikit pasal subjek ni. bila aku celik mata je sedar2 dia panggil aku. tangan dia macam tunjuk ke arah whiteboard. aku rasa dia suruh aku jawab soalan la tu. tapi aku tak nampak pun mana soalannya. dengan mamainya dan selamba je aku jawab. tapi jawapan yang aku bagi tu salah. nasib baik lecturer tu baik tak marah aku tidur dalam kelas dia.haha

cukuplah tu. aku nak tidur dah. esok kelas pukol 8.30pagi...

Thursday, July 1, 2010

waka waka eh eh

sekarang ni musim World Cup kan. korang semua mesti pernah dengar lagu tema World Cup 2010: Waka Waka (This Time For Africa). hari-hari asyik dengar lagu ni sebab kerap sangat lagu ni keluar kat tv. aku siap dah bleh hapal dah lagu ni. haa,dengar ni aku nyanyi "tsamina mina eh eh waka waka eh eh". heh . cukup lah tu. korang sambong lah. aku tak berani sambong. kang ribot petir korang salahkan aku pulak.

klip video waka waka ni best. tarian yang unik. mesti ramai yang tengok video klip tu pun rasa nak terikot sama nak menari. nah, kat sini aku nak share video tarian Waka Waka yang telah dikompilasikan hasil tarian dari masyarakat seluruh dunia. macam2 pesyen. menari waka waka dalam tren la, budak2 skolah menari ramai2 la, haishh..macam2. nak tergelak pun ada tengok depa dok menari ni haa.





mari belajar tarian Waka Waka! step tak sama dengan tarian poco-poco,ok! kat bawah ini ada video step camne nak menari waka waka. anda buleh mencubanya di rumah mahupun di tempat kerja. kalau kat tempat kerja tu agak2 sikit. kang bos korang nampak tak pasal2 kena "You are Fired!!"





pulangkan

pagi tadi aku jadi supir untuk sorang budak ni. bermakna aku kena bangun awal. dia dapat kerja baru dan kena masok harini. sebelom ni dah macam2 kerja dia buat. respect gila lah kat budak ni. sangat tabah! dulu masa dia kerja kat KL nak sampai ke opis dia tuh sangat azab. naik 1 bas pastu kena naik 3 train LRT barulah sampai opis dia. kesian. dah la company yang dia kerja tu macam haram. tipu pekerja. naseb baik budak ni dapat detect awal2 penipuan company tu. apa lagi, angkat kaki blah la cari kerja lain. aku harap budak tu akan selesa dengan kerja baru dia dan aku harap cukup bulan dia takkan lupa untuk blanja aku. ayat klise..

cukup mukadimah di atas. tak ada kaitan dengan tajuk entry. sekadar warm up kasi enjin panas. ok,hari ini aku rasa geli sesangat. bukan gelimat. tapi gelihati! ini semua gara2 status nuffnang aku dah kembali menjadi gelihati. maaf, aku tak reti nak sebot dengan tepat GLITTERATI tu. lidah berbelit. dah hampir seminggu blog aku memegang jawatan ordinary (non-exclusive). btw,thanks NUFFNANG sebab pulangkan balek gelihati tuh. tapi aku agak sedikit terkilan sebab buffered aku dipotong sedikit masa gelihati tu ditarik balek. tak apa lah. itulah hukuman yang terpaksa diterima kalau kau curang dengan nuff. lain kali jangan buat lagi.

apa yang aku curang?? aku pernah meletakkan iklan Youthsays suatu ketika dulu kat dalam blog ni. tu la kau tamak sangat aren. tapi aku tak sampai lagi ke tahap haloba. nuff tak suka aku menduakan dia. tapi dah aku sayang dua2 so nak buat macam mana.

ok, sekarang aku pulak nak merajok tapi bukan sentap. baru bercadang nak buat entry pasal 1st cashout yang aku dapat dari Youthsays, tapi mengenangkan nuff, aku tekad membatalkan hasrat murni lagi suci nak buat entry tu. taknak pisang berbuah2,3,4,5,6 kali..


ayat manis : kepada kengkawan yang menerima nasib seperti aku sebelum ni, aku rasa korang mesti dah dapat balek kan status gelihati tu. itu pun kalau korang tak curang dah dengan nuff.
Related Posts with Thumbnails